Mazda2 facelift JDM - kemaskini rupa, lebih ciri keselamatan ditawarkan

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya model segmen B Mazda, Mazda2 mengikuti jejak langkah 'abang-abangnya' yang lain seperti Mazda3 (Axela) dan Mazda6 (Atenza) dengan menggugurkan nama asalnya Demio di pasaran Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mahu dikenali sebagai Mazda2 sahaja diseluruh dunia, Mazda kini menghadirkan beberapa kemaskini untuk model pasaran domestik Jepun itu. 
 


Dari segi luaran, perubahan yang dibawakan adalah sangat minima dengan suntikan beberapa elemen yang ada pada Mazda3 dan gril Mazda6 yang sangat menawan hati itu. 

Apa yang Mazda tumpukan adalah penambahan beberapa ciri moden kepada hatchback segmen B ini seperti lampu LED adaptif (!), kamera keliling 360 darjah, sistem pengesanan papan tanda trafik dan sistem bantuan pengekalan laluan.
 


Selain daripada itu, keselesaan yang menjadi satu aspek dalam setiap Mazda turut ditambah baik di mana kadar NVH kini menjadi lebih senyap, terima kasih kepada sistem suspensi yang telah ditala semula. 

Untuk mereka yang mahukan ekstra, Mazda turut menyenaraikan aksesori yang boleh dipilih seperti stereng dengan sistem pemanas terbina, tempat duduk pemandu boleh laras enam hala, kawalan pelayaran adaptif (Mazda Radar Cruise Control, MRCC) dan sistem infotainmen yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. 
 


Di Jepun, Mazda2 ditawarkan dengan enjin 1.3 liter Skyactiv-G (93 PS/123 Nm) dan enjin diesel Skyactiv-D 1.5 liter (105 PS/250 Nm) dipadankan dengan sistem i-Eloop. 

Mazda2 akan mula dijual di Jepun pada 12 September ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemaskini terbaharu yang dibawakan oleh Mazda bukanlah bersifat pengganti, akan tetapi lebih kepada…
Berita Global
Ini bermakna, selain daripada logo Mazda dan emblem Mazda2 di hadapan dan belakang, ia masih lagi…
Berita Global
Namun untuk pasaran Eropah, Mazda diberitakan akan memasarkan model Mazda2 dengan menggunakan asas…