Mazda Australia tawar lebih 100 aksesori untuk trak pikap BT-50!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk menambahkan lagi rasa teruja para peminat Mazda di negara bawah lindungan trak pikap (Australia lah, mana lagi), pihak Mazda Australia ada penawaran istimewa buat bakal pembeli trak pikap Mazda BT-50.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mazda BT-50 seperti yang kita tahu bakal memasuki pasaran Australia pada bulan Oktober ini, Mazda Australia telah pun mengumumkan terdapat lebih daripada 100 aksesori dan opsyen untuk para pembeli Mazda BT-50 2021.

Dalam satu gambar tunggal yang diterbitkan, antara opsyen yang paling ketara adalah penawaran bullbar premium dibina daripada keluli bergred tinggi, serta menerima kemasan warna hitam.

Selain daripada itu, terdapat juga sports bar di bahagian belakang diperbuat daripada bahan yang serupa, dan tidak ketinggalan aksesori tempat pemijak sisi, rak bumbung, tonneau cover lembut serta set rim aloi hitam bersaiz 18 inci.

Mazda turut memberikan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan kepada semua aksesori yang ditawarkan ini.

Menurut Vinesh Bhindi, Pengarah Urusan Mazda Australia berkata, "segmen kenderaan komersial memainkan peranan penting terhadap Mazda Australia, dan kehadiran barisan aksesori yang kuat mampu memberikan lebih peluang kepada pelanggan untuk menyesuaikan trak pikap mereka, baik untuk tujuan kerja atau sebagai kenderaan gaya hidup.

Tiada sebarang butiran lanjut diberikan, tunggu sahaja pelancaran rasmi Mazda BT-50 2021 di Australia pada Oktober ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripadanya ialah pek SP Pro yang merangkumi sistem suspensi Nitrocharger untuk…
Berita Global
Enjin RZ4E-TC berkapasiti 1.9 liter itu berupaya menghasilkan 147 hp dan 350 Nm yang dipadankan…
Berita Global
Pengenalan dua stail badan versi kuda kerja tersebut akan menyertai versi Mazda BT-50 Dual Cab yang…