Mazda BT-50 Australia dapat pakej naik taraf SP Pro, Thunder Pro

oleh Mohamad Hanif|
Mazda Australia baru-baru ini membawakan dua pakej naiktaraf aksesori yang dihasilkan khusus untuk model trak pikap BT-50.

Salah satu daripadanya ialah pek SP Pro yang merangkumi sistem suspensi Nitrocharger untuk meninggikan jarak lega bumi sebanyak 50 mm, penyerap hentak tiub berkembar, rim eksklusif bersaiz 18 inci, serta bar LED pada jeriji hadapan.

Termasuk dengan decal pada bahagian pintu, pakej SP Pro ini dijual pada harga AUD$ 7,668 (RM23,997).
 

thunder pro


Pakej kedua dinamakan sebagai Thunder Pro, di mana pembeli akan mendapat sistem suspensi Old Man Emu BP-51 boleh laras yang lengkap dengan peredam berisi nitrogen dan tangki takungan berasingan, diikuti peralatan wajib off-road seperti snorkel, bar lampu LED dan lampu limpah LED yang boleh menerangi jarak lebih 1.1 km.

Pakej Thunder Pro ini dijual pada harga AUD$9,046 (RM28,309), dan pelanggan boleh menikmati penjimatan sebanyak AUD$500 (RM1,565) berbanding dengan menempahnya secara berasingan.
 

thunder pro


Kedua-dua pakej SP Pro dan Thunder Pro itu boleh dimuatkan secara retrofit pada trak pikap Mazda BT-50 sedia ada, lengkap dengan jaminan selama dua tahun.

Untuk pembeli trak pikap baharu, Mazda menawarkan pakej waranti sehingga lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.
 

thunder pro


Mazda turut memberikan jaminan kedua-dua pakej tersebut telah diuji untuk memastikan sistem elektronik seperti ABS dan kawalan kestabilan kenderaan tidak akan terganggu gugat selepas pemasangan dibuat.

Berita Berkenaan

Berita Global
BT-50 LE direka dengan pelbagai keunikan tersendiri, terutama bahagian depan yang ketara dengan…
Berita Domestik
Ini kerana menurut laporan daripada rakan media Wapcar, terdapat beberapa pengedar Mazda telah pun…
Berita Global
Enjin RZ4E-TC berkapasiti 1.9 liter itu berupaya menghasilkan 147 hp dan 350 Nm yang dipadankan…