Mazda BT-50 kini dengan enjin diesel 1.9 liter di pasaran Australia

oleh Mohamad Hanif|
Australia merupakan antara pasaran terawal yang menerima kehadiran 'kembar' Isuzu D-Max, iaitu Mazda BT-50, dan trak pikap itu kini dikemaskini dengan penawaran enjin berkapasiti lebih kecil daripada Isuzu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin RZ4E-TC berkapasiti 1.9 liter itu berupaya menghasilkan 147 hp dan 350 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, di mana ia kini mempunyai keupayaan untuk menarik beban seberat tiga tan.

Enjin ini hanya ditawarkan secara eksklusif untuk trim XS, di mana ia menawarkan ciri-ciri yang hampir serupa dengan versi BT-50 XT yang dilengkapi dengan enjin 3.0 liter.

Antara ciri yang dimuatkan termasuklah lampu utama LED, kawalan jelajah adaptif, skrin infotainmen tujuh inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, kamera undur, serta kelengkapan keselamatan seperti brek kecemasan autonomi, sistem pemantauan titik buta, kawalan kestabilan dinamik, amaran keluar laluan, serta amaran lintasan trafik belakang.
 

BT-50

 

Selain itu, Mazda Australia turut melancarkan BT-50 SP yang bertindak sebagai model premium di bawah trim Thunder.

Antara ciri yang didatangkan termasuklah gril hadapan hitam, cermin sisi hitam, rim satin black bersaiz 18 inci, tempat pemijak sisi kelabu gelap, upholsteri kulit Driftwood dan suede sintetik hitam, pelindung tonneau hitam, tub liner, serta sport bar hitam berkilat.

Baca: Mazda BT-50 2022

Baca: Mazda BT-50 Thunder

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripadanya ialah pek SP Pro yang merangkumi sistem suspensi Nitrocharger untuk…
Berita Global
BT-50 LE direka dengan pelbagai keunikan tersendiri, terutama bahagian depan yang ketara dengan…
Berita Domestik
Ini kerana menurut laporan daripada rakan media Wapcar, terdapat beberapa pengedar Mazda telah pun…