Mazda Australia tawar BT-50 2021 dalam Single Cab dan Freestyle Cab Chassis, dari RM107 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada stail badan yang tipikal (dual cab) kita lihat pada sesebuah trak pikap, Mazda Australia kini menawarkan tambahan dua lagi stail badan Mazda BT-50 untuk pasaran tersebut, dinamakan sebagai Single Cab Chassis dan Freestyle Cab Chassis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengenalan dua stail badan versi kuda kerja tersebut akan menyertai versi Mazda BT-50 Dual Cab yang telah mula dijual pada bulan lalu dan boleh didapati dalam konfigurasi pacuan 4x2 atau 4x4.

 


Kedua-dua versi tersebut hanya akan ditawarkan dalam transmisi automatik enam nisbah kelajuan sebagai standard, namun bagi mereka yang mahukan trenkuasa 4WD boleh mendapatkan kotak gear manual dengan keupayaan all-terrain yang lebih baik.

Enjin pula masih lagi sama dengan BT-50 Dual Cab, iaitu nadi enam silinder sebaris 3.0 liter yang menghasilkan 188 hp dan 450 Nm.

 


Menurut Mazda, jika dibandingkan dengan generasi terdahulu, BT-50 Single Cab Chassis dan Freestyle Cab Chassis ini 50 kg lebih ringan, dan dengan kombinasi enjin baharu ini menyumbang kepada penjimatan penggunaan bahan api sekitar 20 peratus, atau lebih tepat lagi 8 liter untuk setiap 100 km.

Antara ciri standard yang ditawarkan termasuklah Cruise Control (versi manual) atau Adaptive Cruise Control (versi automatik), skrin infotainmen 7 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, kamera undur, serta rangkaian ciri keselamatan seperti:

  • lapan beg udara (!)
  • Attention Assist
  • Brek Kecemasan Autonomi
  • Pemantauan Titik Buta
  • Bantuan Pengekalan Laluan
  • Amaran Keluar Laluan
  • Bantuan Mula Mendaki
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang

 


Terdapat varian yang dinamakan sebagai XT di mana ia menerima ciri tambahan berupa rim aloi 17 inci, lampu LED, cermin sisi boleh laras berkuasa dengan warna badan, upholsteri fabrik hitam, sistem pendingin hawa, cermin berkuasa dan alas lantai.

Harga jualan di Australia bermula dari AU$36,550 (RM107,028) untuk BT-50 Single Cab Chassis dan AU$40,050 (RM117,277) untuk BT-50 Freestyle Cab Chassis.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripadanya ialah pek SP Pro yang merangkumi sistem suspensi Nitrocharger untuk…
Berita Global
Enjin RZ4E-TC berkapasiti 1.9 liter itu berupaya menghasilkan 147 hp dan 350 Nm yang dipadankan…
Berita Global
Terdapat dalam versi Dual Cab Chassis dan Dual Cab Pickup, harga jualan di Australia bermula dari…