Mazda akhirnya sedia perkenalkan varian turbo untuk Mazda3!

oleh Mohamad Hanif|
Berita berkenaan kehadiran model Mazda3 yang lebih pantas telah pun berkeliaran di dalam alam maya semenjak setahun yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah beberapa berita serta spekulasi berkenaan model Mazdaspeed yang tidak akan dibuat, Mazda akhirnya bersetuju untuk memperkenalkan sebuah lagi varian baharu, iaitu sebuah Mazdaspeed tanpa nama Mazdaspeed, Mazda3 turbo!

Butiran berkenaan model Mazda3 turbo itu diperoleh Jalopnik daripada salah sebuah pengedar Mazda menunjukkan kod nama baharu yang dikhususkan untuk model Mazda3 dan juga Mazda CX-9 bagi tahun 2021.

Berdasarkan informasi tersebut, model Mazda3 akan ditawarkan dalam varian enjin berkuasa turbo untuk kedua-dua versi sedan dan hatchback, serta sistem pacuan semua roda.

Ia diandaikan berdasarkan kod "MAZDA3 HB PP TURBO" di mana HB boleh membawa maksud sebagai model hatchback, manakala PP pula mungkin singkatan kepada pakej eksklusif yang bakal ditawarkan kepada pelanggan kelak.

Namun, penawaran model turbo itu hanya akan digandingkan dengan transmisi automatik enam nisbah kelajuan sahaja, manakala model 2.5 liter sedia ada masih lagi kekal dengan penawaran transmisi manual.

Enjin Skyactiv-G turbo 2.5 liter sebelum ini pernah hadir pada model SUV CX-5, dan atas kertas, enjin ini mampu menghasilkan 250 kuasa kuda dan 430 Nm daya kilas.

Pemanduan SUV CX-5 dengan enjin turbo ini sememangnya cukup membuatkan penulis senyum gembira di atas lebuhraya, namun apabila enjin tersebut dimuatkan di dalam casis Mazda3 yang lebih mantap, sudah pasti ia bakal menawarkan pemanduan yang lebih mengujakan.

Sumber: Jalopnik

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Domestik
Pemenang anugerah World Car Design 2020 dan Red Dot Design 2019 itu kini didatangkan dengan…