Masih ingat Nissan AD Resort? Ini model terbaru di Jepun

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan AD
Nissan AD
Satu ketika dahulu Nissan AD Resort popular di kalangan penggemar ubah suai kereta. AD Resort dipasang dengan pelbagai komponen model kembar di Jepun yang dikenali sebagai Wingroad.

Keistimewaan AD Resort terletak pada praktikaliti sebagai sebuah wagon dan kenderaan rekreasi. Model ini tiada gantian di pasaran tempatan kecuali sejumlah kecil yang dibawa masuk secara bebas.

Walaupun begitu, DNA AD Resort diteruskan melalui Nissan Grand Livina yang boleh memuatkan lebih ramai penumpang.

Grand Livina diterima baik oleh pengguna tempatan ditambah pula dengan penawaran varian sporti dari Impul dan NISMO.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan AD

Tahun berganti tahun, apa khabar dengan Nissan AD Resort sekarang?

Di Jepun ia dikenali sebagai AD dan menariknya ditawarkan sehingga kini. Nissan AD di pasaran sekarang adalah dari generasi keempat atau siri Y12 yang diperkenalkan pada tahun 2006.

Usia AD memang panjang dan turut dijenamakan sebagai Mitsubishi Lancer Cargo di Jepun.

Terbaru Nissan memperkenalkan van komersial AD yang dikemaskini dan turut menggantikan namanya dari NV150AD. 

Di Jepun Nissan AD diterima baik oleh pengguna berdasarkan beberapa faktor seperti isi bebanan, pemanduan selesa dan senang untuk digunakan dalam pelbagai situasi perniagaan.

 

Nissan AD

 

Bagi model 2021, Nissan telah mempertingkatkan spesifikasi standard dengan kelengkapan seperti brek kecemasan yang boleh mengesan pejalan kaki, Amaran Penukaran Laluan (LDW) dan Kawalan Dinamik Kenderaan.

Selain itu, Nissan AD varian 2WD menerima teknologi idling stop sebagai ciri standard dan mampu memperbaiki tahap penggunaan minyak.

Teknologi bantuan pemanduan seperti Bantuan Lampu Puncak, Bantuan Mula Mendaki dan Soket USB dilengkapi pada kesemua varian Nissan AD.

 

Nissan AD

 

Menggerakkan Nissan AD hanya dua jenis enjin iaitu 1.5 liter HR15DE yang dipadan bersama transmisi Extronic CVT dengan pacuan 2WD.

Satu lagi jenis enjin ialah 1.6 liter HR16DE dengan transmisi E-ATx dan pacuan 4WD.

Berkenaan harga, varian paling rendah Nissan AD 1.5 2WD SD dijual pada JPY 1,571,900 (RM59,227) manakala varian tertinggi AD 1.6 4WD Expert GX berharga JPY 2,007,500 (RM75,640).

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Gambar: Nissan

 

Nissan AD

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…