Masalah rebut petak parkir, siap hantar surat layang

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemilik rumah berang sehingga menghantar surat layang kepada individu yang didakwa cuba merebut petak parkir miliknya di sebuah kawasan perumahan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, lelaki menujukan surat layang itu kepada individu yang cuba merampas petak parkirnya walaupun dia telah menanda petak berkenaan.

“Ini parkir orang. Kalau dah letak ‘tanda’ kerusi itu bermakna parkir tersebut milik seseorang. Suka hati nak ambil parkir aku, pandai pula pulangkan kerusi itu ke rumah aku. Cerdik ke bengap?,” luah pemilik rumah itu.

Difahamkan kejadian berebut parkir berkenaan berlaku di salah sebuah kawasan perumahan flat, namun tidak dinyatakan dengan jelas lokasinya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen termasuk daripada penduduk setempat.

“Siapa cepat dia dapat,” tulis Muhammad Shukri.

“Beli parkir itu baru boleh cakap awak punya parkir. Tak letak kerusi pun orang tak berani nak ambil,” komen pengguna lain.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Fasha Ridzwan.

“Yang bengapnya diri sendiri. Duduk flat berlagak macam duduk kondominium mewah,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Tindakan ini diambil setelah mendapati terdapat premis di kawasan tersebut meletakkan pelbagai…
Informasi
Antara kawasan PA dan PPR yang mempunyai fasiliti itu ialah PPR Pekan, Kepong; PA Seri Sabah,…
Informasi
  "Siasatan dilakukan mendapati kemalangan itu berlaku kira-kira 9 pagi pada 9 Mei lalu ketika…