Lambakan kenderaan - DBKL sediakan 14 parkir bertingkat di PA, PPR

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membangunkan fasiliti 14 tempat letak kereta bertingkat di 14 kawasan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi menangani isu lambakan kenderaan persendirian dan kekurangan parkir di kawasan tersebut.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan pembinaan fasiliti yang dapat menyediakan sebanyak 7,000 tempat letak kereta itu mengambil kira kepadatan penduduk yang tinggi serta keluasan tapak sedia ada.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Antara kawasan PA dan PPR yang mempunyai fasiliti itu ialah PPR Pekan, Kepong; PA Seri Sabah, Bandar Tun Razak; PPR Jelatek, Titiwangsa dan PPR Seri Pantai, Lembah Pantai.

Menurut DBKL, dasar awal penyediaan tempat letak kereta ialah satu perempat (empat unit rumah PPR/PA bersamaan sebuah kereta) daripada jumlah unit yang disediakan dalam sesuatu kawasan dengan lingkungan 80 hingga 300 petak letak kereta.

"Dasar tersebut ditetapkan berdasarkan kepada status penyewa yang terdiri daripada golongan miskin tegar, miskin dan miskin bandar.

"Bagaimanapun, pertambahan bilangan kenderaan bagi sesuatu kawasan naik secara mendadak pada 2010 kerana unit perumahan sedia ada telah meningkat disebabkan pertumbuhan generasi sesuatu keluarga," menurut DBKL dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan mengenai isu lambakan kenderaan persendirian dan kekurangan tempat letak kenderaan di PPR, strata kos rendah dan sederhana di ibu negara terus mendatangkan resah dalam kalangan penduduk dan orang awam.

Pelbagai jenis kenderaan termasuk bas, van dan kereta yang diletakkan sembarangan seperti parkir berganda di tepi jalan dan hentian bas sehingga menghalang pergerakan kenderaan lain yang melalui kawasan itu, adalah pemandangan biasa di kawasan kediaman berkenaan.

Dalam pada itu, DBKL memaklumkan sehingga tahun ini, terdapat 67 kawasan PA dan PPR yang terletak di 11 kawasan Parlimen Kuala Lumpur dengan sebanyak 61,534 unit telah ditawarkan kepada orang awam.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
DBKL memaklumkan, pihaknya mengesan beberapa kesalahan dan pelanggaran prosedur operasi standard (…
Berita Domestik
  Selepas melawat warga Lembah Pantai yang terjejas akibat ribut baru-baru ini, saya bertemu…
Informasi
Menurut kumpulan itu, fasa satu kontrak ITIS itu kini dilanjutkan sehingga 2029 berbanding tempoh…