DBKL sita halangan dalam petak parkir awam

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sejumlah barangan termasuk 40 unit kon yang diletakkan dalam petak parkir awam di sekitar kawasan komersial Bandar Manjalara dan Medan Putra, di Kuala Lumpur

DBKL dalam satu kenyataan berkata halangan berkenaan yang turut merangkumi 21 unit tiang besi simen, empat unit penghalang air dan dua unit tong itu dialihkan Pejabat Cawangan Segambut bersama Jabatan Penguatkuasaan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

"Tindakan ini diambil setelah mendapati terdapat premis di kawasan tersebut meletakkan pelbagai halangan dalam petak parkir awam bagi tujuan persendirian dan perniagaan.

"Dua restoran juga telah dikenakan tindakan dibawah Seksyen 46 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana telah menyebabkan halangan.

"Semua premis yang berkaitan juga telah diberi teguran supaya tidak meletakkan apa-apa halangan dalam petak parkir awam," katanya.

Dalam kenyataan yang sama DBKL turut meminta orang ramai supaya menghentikan sikap pentingkan diri sendiri.

 

DBKL

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berdasarkan kepada Ops tersebut, pihak JPJ telah mengeluarkan notis sebanyak 22,552 notis atas…
Berita Domestik
Operasi bermula 10 malam dan berakhir 8 pagi itu membabitkan lokasi di Plaza Tol Juru, Plaza Tol…
Berita Domestik
JPJ juga menyita 551 kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan mengikut…