MARTY - Delorean yang mampu drift dengan sendiri

oleh Mohamad Hanif|
Terma pemanduan autonomi atau swapandu sudah biasa kita dengari, namun bagaimana jika anda terserempak dengan "drift autonomi"?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Projek drift autonomi ini sebenarnya merupakan cetusan idea daripada Stanford University, di mana pasukan tersebut menggunakan sebuah DMC Delorean (anda lebih kenal menerusi filem Back to The Future) untuk dijadikan sebagai 'tikus ujian'.

Pada asalnya, DMC Delorean bukanlah sebuah kereta sports, spesifikasinya cukup menyedihkan walaupun rupa luaran sudah tersedia sporty. 

Jadi, pasukan Stanford University telah menghukum buang daerah trenkuasa 2.85 liter (103 hp/207 Nm) dan menggantikannya dengan sepasang motor elektrik dan perisian yang diperlukan untuk membolehkan DeLorean ini memandu secara senget. 

 


Dengan perisian tersebut, pasukan projek ini mampu menetapkan litar drift dan membolehkan MARTY melakukan aksi pemanduan lasak tersebut dengan lebih tepat di atas litar sepanjang 1 kilometer tanpa bantuan atau input daripada pemandu. 

Berdasarkan video yang dipertontonkan, MARTY ternyata mampu memberikan aksi-aksi yang menarik seperti pemanduan jarak dekat dengan penghadang, tahu poin yang sepatutnya untuk menukar arah, dan meninggalkan kepulan asap di belakang. 

Sudah pasti, untuk aksi tersebut, MARTY telah menjalani proses modifikasi seperti suspensi kustom, brek yang lebih besar, pemasangan sangkar keselamatan penuh dan komputer terbina yang diletakkan di bahagian belakang tempat duduk.
 


Untuk menjadikan aksi drift lebih tepat, kereta ini telah dipasang dua antena GPS untuk menetapkan lokasi dengan lebih jitu dengan kadar ketepatan diukur dalam inci. 

Menurut ketua projek Chris Gerdes berkata, "Dengan mengkaji kebiasaan para pemandu professional dan mengaplikasikan pemanduan tersebut pada MARTY, kami berjaya membolehkan kereta tersebut menggunakan had fizikalnya untuk mengekalkan kestabilan di dalam kondisi yang tidak stabil. 

"Hanya dengan cara ini, sebuah kereta autonomi mampu untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini atau mengawal kenderaan dengan lebih baik di atas permukaan seperti ais atau salji.
 


Untuk laporan penuh, anda boleh melayari laman web Stanford University dan membaca lebih teliti kisah kajian dalam menjadikan DMC DeLorean "MARTY" ini mampu drift dengan sendirinya. 

Baca: Drifting Delorean 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Motor1, buku panduan tersebut turut menampilkan beberapa rahsia yang…
Gaya Hidup
Ini tidak termasuk laluan longkang sekeliling rumah untuk anda berlumba bersama rakan anda. …
Gaya Hidup
Filem-filem Hollywood tidak akan lari daripada beberapa tema yang akan kami sebutkan - kuasa, duit…