Ini adalah litar Hot Wheels paling panjang di dunia - 591.6 meter!

oleh Mohamad Hanif|
Zaman kanak-kanak merupakan zaman imaginasi, anda bayangkan sahaja apa jua laluan di sekeliling dan boom! Jadilah sebuah litar 'lengkap' untuk anda mainkan kereta mainan Hot Wheels, Dash Yankuro dan Crush Gear anda (sekadar menyebut beberapa jenama).

Ini tidak termasuk laluan longkang sekeliling rumah untuk anda berlumba bersama rakan anda. 

Walaupun kita semua mengalami kekangan dalam bentuk lokasi yang kecil dan terhad, ternyata ia semua bukanlah satu halangan untuk kita melampiaskan minat yang terpendam. 
 


Jadi, bila sudah dewasa, dan anda masih mahu mencipta sebuah litar yang serba lengkap untuk koleksi mainan anda, cuba lihat idea yang dibawakan oleh bintang NASCAR Joey Logano. 

Menggunakan ruang garaj sedia ada, beliau berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sebuah litar kegunaan Hot Wheels yang sangat-sangat-sangat panjang!

Oleh kerana kepanjangannya mampu mencecah jarak sehingga 591.6 meter, litar HotWheels ini berjaya diiktiraf sebagai litar paling panjang di dunia oleh Guinness World Record. 
 


Litar tersebut berjaya dibentuk supaya mengelilingi kawasan lantai garaj, serta beberapa buah model kereta sebenar seperti sebuah DMC DeLorean, hot rod Ford kustom, Ford GT serta sebuah Ford Mustang yang dilayangkan liveri Hot Wheels. .

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Hal ini dilihatkan menerusi satu video teaser terbaharu yang diterbitkan menerusi laman Youtube…
Berita Global
Sebagai sebahagian daripada promosi peranti pintar iQOO 3, mereka bertindak menggunakannya sebagai…
Berita Domestik
Antara cir-ciri yang mengujakan peminat kenderaan mengenai Proxes TR1 ini ialah corak bukaan sisi…