Berita baik untuk perentas masa - buku manual DeLorean Doc Brown kini dijual di Amazon!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi anda yang sedang merancang untuk menjalankan proses restorasi semula kereta merentas masa DMC DeLorean, platform membeli belah dalam talian Amazon kini menawarkan tempahan bagi buku panduan bengkel dalam edisi kulit keras.

Menurut laporan daripada Motor1, buku panduan tersebut turut menampilkan beberapa rahsia yang berselindung di sebalik kereta sports ikonik era 80-an itu.

Dalam filem trilogi Back To The Future, DeLorean merupakan kenderaan yang digunakan untuk merentas masa apabila anda mencapai kelajuan maksimum 88 batu per jam (142 km/j).

 


Beberapa rahsia turut disingkap menerusi buku panduan Back To The Future: DeLorean Time Machine: Owner's Workshop Manual pada kedua-dua versi original dan versi prototaip kereta terbang yang muncul di dalam filem kedua francais tersebut.

Selain daripada itu, ia juga turut memaparkan ilustrasi dan informasi menarik berkenaan DMC DeLorean, serta informasi yang tidak pernah didedahkan sebelum ini.

 

 


Buku panduan bengkel ini boleh ditempah menerusi laman Amazon dengan harga jualan bermula dari $29.99 (RM121.94) tidak termasuk kos penghantaran.

Sumber: Amazon

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek drift autonomi ini sebenarnya merupakan cetusan idea daripada Stanford University, di mana…
Gaya Hidup
Ini tidak termasuk laluan longkang sekeliling rumah untuk anda berlumba bersama rakan anda. …
Gaya Hidup
Filem-filem Hollywood tidak akan lari daripada beberapa tema yang akan kami sebutkan - kuasa, duit…