MAN Truck & Bus pamerkan barisan kenderaan komersial di Malaysia

oleh Firdaus Razani|
MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) baru-baru ini mempamerkan rangkaian penuh produk dan perkhidmatannya buat pertama kali di Malaysia sempena Malaysia Commercial Vehicle Expo (MCVE) edisi 2024.

Pengarah Urusan MAN Malaysia Andrew O Brooks berkongsi” Kami teruja menyertai MCVE 2022 dan telah berjaya memukau orang ramai dengan Trak MAN spesifikasi EURO V kami, termasuk model utama MAN TGX kami.

 

man

 

Kali ini, kami berbesar hati mempamerkan rangkaian penuh kenderaan komersial pelepasan rendah MAN buat pertama kali di Malaysia, termasuk MAN TGE Van kami yang popular," katanya.

MAN TGS Prime Mover, trak spesifikasi EURO V terlaris Malaysia, menerajui barisan produk hebat MAN menerusi dua varian - 6x4 dan 6x2 ADR (Accord Dangereux Routier atau peraturan Eropah untuk spesifikasi Barang Berbahaya).

 

man

 

MAN TGS terkini adalah lebih teguh, dipertingkatkan lagi dengan ciri aerodinamik yang lebih baik dan dilengkapi dengan ciri keselamatan yang lebih tinggi.

Turut dipamerkan ialah casis Bas/Koc MAN RR5, yang kini didatangkan dengan enjin spesifikasi EURO V sebagai pilihan standard.

 

man

 

Casis daripada MAN ini adalah penyelesaian ideal untuk penyedia pengangkutan antara bandar kerana keekapan bahan api yang terbukti, penyelenggaraan yang rendah, ketahanan dan kebolehpercayaan secara keseluruhan; dan kini, kelestarian.

Dipertingkatkan dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) sepenuhnya, ia menawarkan keselamatan optimum kepada pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Membuat penampilan sulung rasminya di Malaysia ialah penyelesaian pengangkutan harian yang serba boleh, Van MAN TGE.

Sebagai salah satu van terlaris di Eropah, MAN TGE bersedia untuk memenangi segmen pasaran baharu apabila dilancarkan pada masa hadapan.

 

man

 

Dipacukan oleh enjin turbodiesel 2.0 liter yang cekap bahan api dan emisi rendah, MAN TGE mudah diubahsuai untuk pelbagai kegunaan.

la boleh didapati dalam bentuk Van Panel, Cab Chassis, Cab Krew, Van Combi, Bas Mini ataupun Camper Van.

O'Brooks berkata bahawa MAN Malaysia sedang secara proaktif meningkatkan sokongan selepas jualannya untuk membantu pemilik syarikat pengangkutan mengurus dan mengurangkan kesan kenaikan kos tahun ini.

Baru-baru ini, MAN Malaysia telah mengumumkan pusat servis Shah Alam telah melanjutkan waktu operasinya kepada 18 jam mulai pukul 8.30 pagi hingga 2.30 pagi keesokan harinya mulai hari Isnin hingga Jumaat.

 

man

 

Penambahan syif lewat sehingga pukul 2.30 pagi akan memberikan fleksibiliti kepada syarikat pengangkutan untuk mengoptimumkan operasi mereka.

Mereka kini boleh mempunyai pilihan untuk menjadualkan penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan mereka pada waktu malam supaya bersedia untuk beroperasi pada siang hari.

MAN Malaysia juga meningkatkan promosi rangkaian MAN Genuine Parts Ecoline yang berbaloi.

Alat ganti berkualiti tinggi yang dikilang semula untuk Trak MAN yang lama ini menawarkan penjimatan sehingga 40 peratus tanpa menjejaskan prestasi.

Dalam acara tiga hari itu, MAN Malaysia juga mempamerkan dan menjual rangkaian komprehensif alat ganti dan gaya hidup MAN tulen pada harga istimewa.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebahagian daripada pembelian 10 buah bas MAN, terdiri daripada lima unit dek kembar…
Berita Global
Secara keseluruhan, syarikat itu berjaya menjual sekitar 116,000 unit kenderaan dan 11,600 unit…
Berita Domestik
Kedua-dua pelanggan kali pertama itu merupakan syarikat pengangkutan yang berpangkalan di Johor…