MAN Malaysia serah bas dua tingkat kepada Super Nice, lengkap ciri ADAS

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) baru-baru ini menyerahkan bas dua tingkat pertama MAN yang dilengkapi dengan ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) kepada syarikat Super Nice Express Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan sebahagian daripada pembelian 10 buah bas MAN, terdiri daripada lima unit dek kembar dan lima unit dek tunggal, di mana kesemuanya dilengkapi dengan ciri ADAS bagi memenuhi pemintaan perjalanan antara negeri yang semakin meningkat.
 

ADAS


Koc dua tingkat tersebut dibina atas casis tiga gandar RR5, dengan reka bentuk badan TX9 yang dihasilkan oleh pembina badan koc TACT Coach Seat & Manufacturing Sdn Bhd dari Pulau Pinang.

Antara ciri unik yang ditawarkan termasuklah tempat duduk sifar graviti yang menyumbang kepada peredaran darah optimum dan mengurangkan kesakitan badan untuk keselesaan perjalanan, sistem hiburan peribadi, kemudahan pengecasan USB, serta dispenser air sejuk dan panas.
 

ADAS


Tujuh ciri ADAS yang ditawarkan pada koc terbaharu ini adalah seperti berikut:
• Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
• Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
• Amaran Keluar Lorong (LDW)
• Program Kestabilan Elektronik (ESP)
• Sistem Pemantauan Tekanan dan Suhu Tayar (TPM)
• Pengaktifan Lampu Pemanduan Automatik (ADLA)
• Kawalan Pengelap Automatik (AWC)

 

MAN


Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks turut memuji Super Nice atas komitmen syarikat terhadap keselamatan jalan raya dengan memilih sistem ADAS untuk setiap koc MAN baharunya.

“Super Nice menunjukkan pandangan jauh dalam melindungi bukan sahaja pemandu dan pelanggannya dengan memilih untuk melengkapkan koc MAN dengan ADAS. Dengan berbuat demikian, syarikat turut melindungi perniagaannya kerana sistem pemanduan canggih dan pintar ini boleh mengelakkan kemalangan yang boleh membawa kepada kos pembaikan yang mahal dan masa henti kenderaan tidak berjadual,” kata beliau.
 

ADAS


Menurut O'Brooks, bermula tahun ini dan seterusnya, semua casis Bas dan Koc MAN akan dilengkapi dengan enjin EURO V yang rendah pelepasan dan menjimatkan bahan api sebagai standard untuk membantu syarikat bas Malaysia mencapai operasi yang mampan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara MANTAP 2023 itu diadakan pada penghujung tahun 2023 di MAN Pelabuhan Klang dan dihadiri…
Berita Domestik
Pembelian terbaharu itu menjadikan MAN sebagai jenama trak utama dalam barisan kenderaan Globonus…
Berita Domestik
Kedua-dua pelanggan kali pertama itu merupakan syarikat pengangkutan yang berpangkalan di Johor…