MAN TRUCK & BUS CATAT PENINGKATAN JUALAN GLOBAL PADA TAHUN 2023

oleh Firdaus Razani|
Pengeluar kenderaan komersial, MAN Truck & Bus mencapai pertumbuhan jualan global yang ketara pada 2023 dengan peningkatan sebanyak 37 peratus berbanding tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara keseluruhan, syarikat itu berjaya menjual sekitar 116,000 unit kenderaan dan 11,600 unit enjin walaupun masih terjejas oleh kekurangan bekalan dan permintaan dalam segmen bas menurun.

Jualan enjin tahun lalu merupakan yang paling baik dalam tempoh sembilan tahun, lebih separuh daripadanya dijual kepada pelanggan dalam sektor pertanian untuk kegunaan dalam traktor atau penuai gabungan.

Unit jualan untuk trak MAN pada 2023 adalah sekitar 83,700 unit terjual dengan peningkatan sebanyak 44 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

 

man

 

Walaupun permintaan unit bas berkurangan, namun jualan bas meningkat sebanyak 19 peratus dengan jumlah unit sebanyak 5,700 unit yang terjual tahun lalu.

Manakala jualan koc meningkat lebih daripada dua kali ganda pada tahun lalu dengan jumlah unit sebanyak 1,100 unit.

Kesemua segmen mencatat pertumbuhan kukuh, dengan pasaran bas dan koc khususnya, yang telah merosot akibat pandemik coronavirus, kini sedang pulih dengan ketara.

 

man

 

Dalam peralihan era ke arah kenderaan elektrik bateri berterusan tanpa henti MAN telah mendapat tender penting dalam perniagaan bas bandar dan yang dapat meningkatkan lagi jualan bas elektrik.

Sejumlah 263 unit bas bandar elektrik telah dijual pada 2022 dan angka ini telah meningkat kepada 771 kenderaan menjelang 2023.

Menjelang 2030, separuh daripada semua trak MAN baharu dan kira-kira 90 peratus daripada semua bas bandar baharu akan menggunakan kuasa elektrik bateri.

Kini, kerja-kerja untuk membina koc elektrik masa depan juga sedang giat dijalankan oleh MAN untuk meneruskan strateginya dalam menyahkarbon kenderaannya secara sistematik.

 

man

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebahagian daripada pembelian 10 buah bas MAN, terdiri daripada lima unit dek kembar…
Berita Domestik
Kedua-dua pelanggan kali pertama itu merupakan syarikat pengangkutan yang berpangkalan di Johor…
Berita Domestik
Majlis penyerahan itu telah diadakan bertempat di ibu pejabat bersepadu baharu MAN Malaysia di Shah…