MAN Malaysia serah 7 unit trak TGS Euro V kepada dua syarikat pengangkutan Johor

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Trak MAN terus menjadi pilihan utama industri pengangkutan Malaysia melalui penyerahan tujuh unit trak TGS Euro V 6x2 kepada dua syarikat pengangkutan Johor oleh MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua pelanggan kali pertama itu merupakan syarikat pengangkutan yang berpangkalan di Johor iaitu Pacific Oils & Fats Industries Sdn Bhd di Kulai, dan Syarikat Wijaya (Masai) Sdn Bhd di Pasir Gudang.

 

2

 

Pacific Oils & Fats Industries, telah menerima lima unit trak MAN TGS Euro V baharu untuk mengangkut minyak sawit dari kilang penapis di Kulai ke depoh simpanan yang terletak di Pasir Gudang.

Manakala Wijaya (Masai), sebuah syarikat logistik minyak sawit yang mengendalikan sehingga 45 unit lori tangki minyak sawit telah menerima dua unit MAN TGS Euro V baharu.

 

3

 

Menjadi pilihan utama kebanyakan syarikat dalam industri pengangkutan di Malaysia, trak MAN dengan enjin Euro V dipilih sebagai standard mendahului dalam orientasi pemandu, kecekapan bahan api, sistem bantuan, rangkaian digital dan paling penting, kemampanan.

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks berkata, “Kami teruja menyaksikan semakin banyak syarikat-syarikat pengangkutan di Johor yang memilih MAN disebabkan oleh cadangan yang meyakinkan daripada para pelanggan dan pemandu MAN yang semakin ramai jumlahnya."

"Terima kasih kepada pasukan MAN di Johor atas usaha mereka yang cemerlang untuk memenuhi keperluan para pelanggan.”

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebahagian daripada pembelian 10 buah bas MAN, terdiri daripada lima unit dek kembar…
Berita Domestik
Acara MANTAP 2023 itu diadakan pada penghujung tahun 2023 di MAN Pelabuhan Klang dan dihadiri…
Berita Domestik
Pembelian terbaharu itu menjadikan MAN sebagai jenama trak utama dalam barisan kenderaan Globonus…