Malaysia Autoshow 2023 - Modenas Dominar D250 dilancarkan, DOHC Twin Spark, RM13,797

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Modenas hari ini telah melancarkan sebuah lagi model dibawah 500 cc, iaitu motosikal naked Dominar D250, bertempat di Hall C MAEPS pada pameran Malaysia Autoshow 2023.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Dominar D250 dikuasakan oleh enjin satu silinder DOHC Twin Spark 248.77 cc, dipadankan bersama transmisi enam kelajuan, yang mampu menghasilkan sehingga 26.6 HP dan 23.5 Nm.

 

2

 

Pada bahagian suspensi dan brek, ia dilengkapi dengan fork USD 27 mm dan brek cakera 300 mm di depan.

Manakala bahagian belakang dilengkapi dengan monoshock bersama ciri pelarasan pra beban dan tabung Nitrox, serta brek cakera 230 mm bersama sistem ABS dua saluran.

 

3

 

Dominar D250 didatangkan dengan rim 17 inci depan dan belakang, dimana ia dibaluti tayar bersaiz 100/80 di depan dan 130/70 di belakang.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan lampu hadapan LED, paparan meter LCD untuk memberikan tunggangan yang lebih meyakinkan.

 

4

 

Dominar D250 ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Racing Red, Sparkling Black dan Citrus Rush, dan akan dijual bermula bulan ini pada RM13,797 bersama jaminan  dua tahun atau 20,000 km.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
WMoto Gemma 125 dikuasakan oleh enjin 117.3 cc, enjin tersebut menggunakan roller rocker 13…
Pelancaran Motosikal
XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api…
Berita Domestik
Mforce kini dilantik sebagai pengedar eksklusif bagi memasarkan motosikal elektrik (EV) jenama…