Mforce kini dilantik sebagai pengedar eksklusif bagi memasarkan motosikal elektrik (EV) jenama Yadea untuk pasaran Malaysia
dan beberapa negara ASEAN.

Yadea merupakan syarikat peneraju industri yang mengkhusus dalam menyepadukan R&D, pengeluaran dan penjualan basikal elektrik, motosikal elektrik serta komponen dan aksesorinya.
Sehingga kini, Yadea mempunyai tujuh pangkalan pengeluaran di China dan satu di luar negara di Hanoi, Vietnam dan rangkaian jualan yang meliputi 83 negara di seluruh dunia.

Pada tahun 2020, Yadea menjadi syarikat kenderaan dua roda elektrik pertama yang mencapai matlamat jualan global 10 juta unit.
Antara model jenama Yadea yang bakal memasuki pasaran adalah Keeness, Voltguard, Fierider, E8S Pro, X1, Tiker, G5S, Y1S Pro dan C1S Pro.

Kesemua model itu turut dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023 di MAEPS yang telah berlangsung pada 4 Mei 2023 hingga 7 Mei lepas.