XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api, dimana ia mampu menghasilkan 9.4 HP dan 8.3 Nm.

Walaupun hanya kategori mini bike, model XO Papio itu didatangkan dengan rekaan yang unik dengan gaya cafe racer, lengkap dengan fairing pada bahagian depan.
Hadir sebagai mini bike, XO Papio didatangkan dengan beberapa ciri standard yang dapat memberikan tunggangan menarik, seperti lampu LED dihadapan, serta dilengkapi sistem brek ABS dwi saluran.

Pada bahagian suspensi, walaupun hanya sekadar mini bike ia turut menerima fork USD di bahagian depan dan monoshock di belakang, cukup untuk memberikan kendalian dan kestabilan terbaik.
Ia juga menggunakan bar hendal dengan susun atur yang dioptimumkan dan dilengkapi dengan pencahayaan lampu latar, meningkatkan kemudahan penggunaan.

Melengkapkan lagi rupa menariknya, ia didatangkan dengan tempat duduk jenis terpisah bagi memberikan tunggangan yang selesa dengan saiz tersebut.
Untuk pasaran Malaysia, XO Papio ditawarkan dengan tiga warna iaitu iaitu Nebula White, Fiery Red dan Moss Green.

Harga ditawarkan bermula dari RM8,888 tidak termasuk insuran dan cukai jalan, bersama jaminan 2 tahun atau 20,000 km, dimana ia kini boleh didapati di semua pengedar sah CFMoto seluruh Malaysia.