Malaysia Autoshow 2023 - WMoto Gemma 125 tiba di Malaysia, harga RM6,988

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di Hall C MAEPS pada pameran Malaysia Autoshow 2023, MForce Bike Holdings telah melancarkan satu lagi model skuter, iaitu WMoto Gemma 125.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

WMoto Gemma 125 dikuasakan oleh enjin 117.3 cc, enjin tersebut menggunakan roller rocker 13 diameter yang mengurangkan geseran, dimana ia mengurangkan kerosakan mekanikal dan memanjangkan hayat lengan ayun serta aci sesondol.

 

2

 

Enjin satu silinder empat lejang sejukan udara itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 8.31 HP dan 9.3 Nm.

Bagi memberikan rupa moden, skuter itu didatangkan dengan LED penuh pada lampu hadapan, belakang dan lampu isyarat.

 

3

 

Lampu depan didatangkan dengan reka bentuk berlian dan lampu belakang menggunakan elemen retro bagi memberikan gabungan rupa terkini dan klasik.

Menambahkan lagi ciri moden, Gemma 125 menggunakan skrin jenis TFT bersaiz 3.5 inci, dan didatangkan standard dengan pengecas USB di bahagian kompartmen depan.

 

4

 

Selain itu, Gemma 125 dilengkapi dengan Sistem Kunci Pintar atau Passive Keyless Entry (PKE), yang boleh mempunyai fungsi mula automatik iaitu untuk mengaktifkan dan menyahaktifkan skuter tersebut.

Ia turut didatangkan dengan bahagian simpanan di bawah tempat duduk, yang boleh memuatkan topi keledar serta barangan peribadi.

 

5

 

Untuk pasaran Malaysia, Gemma 125 ditawarkan dengan dua warna iaitu Refined Grey dan Special Purple, dengan harga bermula dari RM6,988.

Pembeli juga akan menikmati jaminan pengeluar selama 2 tahun atau 20,000 km, dan perkhidmatan embelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api…
Berita Domestik
Mforce kini dilantik sebagai pengedar eksklusif bagi memasarkan motosikal elektrik (EV) jenama…
Pelancaran Motosikal
Dengan ketibaan V-Strom 1050DE, ia bakal menggantikan model sedia ada yang ditawarkan untuk pasaran…