'Lupa' antara alasan popular tidak perbaharui insurans kenderaan

oleh SALINA JALIL|
Terlupa. Itu antara alasan diberi oleh kebanyakan pemandu kenderaan yang gagal menunjukkan Sijil Perlindungan Insurans dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Persiaran Senawang, di sini pada malam Sabtu.



Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Norhan berkata, JPJ hanya memberi penangguhan untuk perbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM), tetapi bukannya insurans kenderaan.

 

"Insurans itu perkara penting. Jika berlaku apa-apa pada kenderaan, insurans yang akan beri perlindungan.

 

"Jangan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita biarkan kenderaan tidak dilindungi insurans," katanya pada sidang akhbar di lokasi operasi pada malam Sabtu.

 

Selain itu katanya, secara keseluruhan, sebanyak 145 kenderaan dikenakan tindakan daripada 930 yang diperiksa dalam operasi bermula jam 8.30 pagi sehingga 12 malam.

 

Beliau berkata, sebanyak 200 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima kenderaan telah disita.
 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, meskipun kenaikan harga alat ganti ketika ini masih pada kadar satu digit, tekanan…
Berita Domestik
Menurut Chua Kim Soon, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk PIAM, insurans kenderaan mencatat…
Berita Domestik
"Sebagai contoh, premium insurans kini meningkat sehingga 17 kali ganda berbanding sebelum konflik…