Lumba haram - 18 pemandu ditahan, kenderaan disita

oleh Mohamad Hanif|
Lain yang disuruh, lain pula yang dibuatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketika kebanyakan bandar di serata dunia sudah mula mengenakan sekatan atau kawalan pergerakan, sekumpulan pemandu di Toronto pula mengambil kesempatan berlumba di atas jalan raya dan lebuh raya yang kosong.

Menurut laporan daripada akhbar Narcity, pasukan polis Toroto berjaya menahan 18 orang pemandu yang melakukan aksi berbahaya di sebatang jalan Don Valley Parkway.

Kebanyakan pemandu didapati melakukan kesalahan memandu melebihi kelajuan yang dibenarkan (88 km/j), iaitu antara 129 km/j sehingga 170 km/j.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda minimum US$1,385 (RM6,004), demerit enam mata, lesen digantung selama seminggu dan kenderaan disita juga selama seminggu.

Pihak berkuasa Toronto turut menggunakan platform media sosial demi mendidik rakyat Toronto supaya mengamalkan pemanduan yang berhemah sepanjang masa.

 

 

Sumber: Narcity

Gambar utama sekadar hiasan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Menurut laporan Sydney Morning Herald, Otero pada awalnya terlibat dalam satu kemalangan di mana…
Berita Domestik
Dalam kejadian, sekumpulan mat rempit dilapor melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti aksi…