Lumba haram di LEKAS, seorang mat rempit maut, 9 cedera

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Harian Metro
Seorang mat rempit maut manakala sembilan lagi cedera selepas insiden kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) malam tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kejadian, sekumpulan mat rempit dilapor melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti aksi Superman dan bersaing sama sendiri yang turut dirakamkan menerusi kamera papan pemuka yang tular di media sosial.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian yang berlaku di KM26.9 LEKAS arah ke Seremban membabitkan 10 buah motosikal.

Siasatan awal mendapati salah sebuah motosikal dipercayai gagal dikawal sebelum terbabas, dan berlanggar sesama sendiri.

Seorang penunggang berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala 5 penunggang cedera parah, dan 4 penunggang lain cedera ringan.

Kesemua mangsa berumur lingkungan 18 hingga 20 tahun telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang maut dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Menurut laporan Sydney Morning Herald, Otero pada awalnya terlibat dalam satu kemalangan di mana…
Berita Domestik
Turut tersenarai laluan Senawang-Seremban, laluan Ayer Hitam-Machap, sekitar Hentian Sebelah Kulai…