Menurut laporan Sydney Morning Herald, Otero pada awalnya terlibat dalam satu kemalangan di mana Subaru BRZ berwarna perak yang dipandunya itu hilang kawalan apabila cuba untuk mengelak sebuah kereta yang tiba-tiba masuk ke lorong kanan.
Sebagai sebahagian daripada proses siasatan, pihak polis turut memeriksa rakaman kamera papan pemuka yang ada pada Subaru itu.

Siasatan lanjut ke atas data dashcam Subaru itu mendapati Otero telah melakukan sebanyak 48 kes pelanggaran undang-undang jalan raya, termasuklah menyertai aktiviti lumba haram, memandu secara melulu dan melebihi had laju, serta memandu tanpa lesen sah.
Bercakap kepada pihak media di mahkamah Selasa lalu, Otero mengakui dia tidak tahu kamera papan pemukanya itu berfungsi.
"Saya rasa macam 'Wow, saya bodoh sebenarnya...' Kes ini mengajar saya untuk tidak menjadi seorang yang bodoh lagi," ujarnya.
Sumber: Sydney Morning Herald