Lubang benam: JKR Kelantan akan pasang 'bailey bridge' Jumaat ini

oleh Penyumbang Rencana|
Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan akan membina jambatan panel keluli bermodular atau bailey bridge di KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli (FT 066) berhampiran Kampung Kubur Datu di Jeli yang terjejas akibat lubang benam pada Isnin.

Pengarah JKR Kelantan, Mohd Suhaili Ismail berkata, keputusan itu dibuat hasil pemeriksaan di lokasi kejadian pagi Selasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Keputusan telah dibuat, JKR Kelantan akan menyelaras pemasangan bailey bridge di lokasi itu.

"Kerja-kerja penghantaran bahan jambatan dari JKR Machang akan dibuat esok. Seterusnya pemasangan akan bermula pada Jumaat ini,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata, kerja-kerja pemasangan jambatan itu dijangka siap sepenuhnya pada Rabu dan melibatkan 30 kakitangan JKR dari Kelantan, Pahang serta Perak yang pakar dalam pemasangan bailey bridge.

"Jambatan ini hanya untuk laluan selorong dan kegunaan kenderaan ringan sahaja,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan laluan itu ditutup kepada semua kenderaan berikutan berlakunya lubang benam sepanjang 15 meter x 8 meter.

Susulan itu, JKR Kelantan menasihatkan pengguna jalan raya supaya menggunakan laluan alternatif Jalan Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu (FT008). 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Laluan KM 73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli (FT 066) berhampiran Kampung Kubur Datu di Jeli…
Berita Global
Menurut hantaran Peronda Lebuhraya California (CHP) di laman Facebook, kemalangan tersebut boleh…
Uncategorized
  "PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh…