Lebuhraya PLUS: Lorong kanan KM273.3-KM272.2 Ipoh arah utara dibuka semula

oleh SALINA JALIL|
gambar sebelum dibaiki
Lorong kanan antara KM273.3 hingga KM272.2 di laluan antara persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara di Lebuhraya Utara Selatan di sini, yang ditutup sementara bagi kerja penyelenggaraan, sudah dibuka semula hari ini.


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataannya hari ini berkata, pembukaan jalan bermula sejak 5.30 pagi itu selepas kerja-kerja membaik pulih lubang benam (sinkhole) siap sepenuhnya di lokasi berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan berkenaan.

 

"Pelanggan lebuh raya juga dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati terutamanya pada musim hujan yang melanda ketika ini," menurut kenyataan PLUS.

 

Untuk maklumat terkini mengenai perkembangan trafik di lebuh raya, sila rujuk @PLUSTrafik Twitter, aplikasi PLUS Mobile dan papan tanda elektronik PLUS di sepanjang lebuh raya atau menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…