Akibat tidak hirau papan amaran, trak pikap jatuh lubang benam di California

oleh Mohamad Hanif|
Akibat mengabaikan papan tanda amaran, seorang pemandu trak pikap berdepan dengan situasi mencemaskan apabila trak pikapnya terjatuh ke dalam lubang benam di California.

Menurut hantaran Peronda Lebuhraya California (CHP) di laman Facebook, kemalangan tersebut boleh dielakkan 100 peratus memandangkan papan tanda amaran telah diletakkan dengan jelas dan boleh dilihat.

“Kami tidak dapat membawa naik kenderaan itu.”

Pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, namun telah dikenakan kompaun kerana mengabaikan papan tanda penutupan jalan.

Seorang penduduk tempatan, Netomie Cardoza melaporkan yang dia terdengar bunyi dentuman kuat apabila kenderaan itu memasuki lubang benam.

“Kami melihat ke luar tingkap dan mendapati terdapat sebuah lagi kenderaan (terkandas). Ia tidak masuk akal kerana terdapat penghadang yang besar dan pemandu masih melalui jalan itu,” katanya.

Pihak CHP turut menyarankan pengguna untuk tidak memandu di jalan yang telah ditutup, sebaliknya perlu berpatah balik dan mencari laluan alternatif.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Kejadian itu menyebabkan penunggang motosikal terbabit terjatuh ke dalam lubang, sementara seorang…
Berita Domestik
“Kos pembaikan untuk lubang benam serta banjir lumpur di laluan ini dianggarkan sebanyak RM2 juta…
Berita Domestik
"Kementerian ini, melalui JMG sentiasa komited dalam usaha pengurangan risiko bencana geologi di…