Lotus Evija - nama rasmi hypercar Type 130?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikuti format penamaan Lotus yang sangat ringkas itu (Elise, Europa, Elan, Esprit dll), besar kemungkinan hypercar pertama mereka akan memakai nama yang bermula dengan huruf E juga. 

Kenyataan ini diperoleh berdasarkan laporan daripada Auto Express yang menyebut terdapat usaha mendaftarkan paten atau tanda dagangan Evija untuk beberapa kategori seperti mainan sehinggalah kepada kereta sebenar yang dibuat pada 19 Jun yang lalu. 

Namun, langkah untuk memperoleh komen daripada Lotus menemui jalan buntu apabila pengeluar tersebut enggan mengeluarkan kenyataan. 

Lotus Type 130 / Evija ini bakal diproduksikan dalam 130 unit terhad dan seperti yang didakwa oleh CEO Lotus Phil Popham, "ia sebuah hypercar yang mampu menyenggama minda anda!"

Dikatakan ia memiliki saiz dimensi yang sama seperti Evora (4,350 mm) namun kereta berkelas hypercar ini mampu menjana lebih daripada 1,000 kuasa kuda daripada trenkuasa elektrik sepenuhnya. 

Pek bateri yang dipasang mampu memberikan jarak operasi sejauh 420 kilometer dan menariknya sistem trenkuasa ini dibangunkan bersama-sama Williams Advanced Engineering. 

Lotus akan memperkenalkan Type 130 / Evija ini pada 16 Julai di London. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan itu, Lotus menerbitkan sebuah video pendek yang mendedahkan perkembangan terkini…
Berita Global
Lebih mesra digelar sebagai Lotus Evija, ia disasarkan supaya menjadi kereta produksi siri paling…
Berita Global
Masa yang dinantikan sudah tiba untuk hypercar elektrik pertama dari Britain apabila Lotus…