Lotus Evija beraksi di dunia nyata! (+Video)

oleh Mohamad Hanif|
Lotus dalam satu kenyataan terbaharu mengesahkan hypercar elektrik pertama mereka, Evija kini sudah bersedia memasuki fasa pembikinan di UK pada tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, Lotus menerbitkan sebuah video pendek yang mendedahkan perkembangan terkini Evija semenjak ia diperkenalkan secara rasmi pada Julai lalu. 

Ujian dinamik yang dijalankan ke atas Evija di Hethel, UK turut merangkumi catatan masa terpantas, ujian kelajuan tinggi dan pengendalian di litar seluruh Eropah, termasuklah ujian di jalan raya biasa. 

Lotus Evija atau nama kod Type 130 hanya akan dibina sebanyak 130 unit sahaja dengan mensasarkan angka output 2,000 PS dan 1,700 Nm terima kasih kepada penggunaan empat motor elektrik. 

Ia membolehkan Lotus Evija memecut dalam masa kurang dari tiga saat dari pegun ke 100 km/j sebelum mengambil masa tiga saat lagi untuk mencapai kelajuan 200 km/j. 

Kelajuan tertinggi yang mampu dicapai oleh Lotus Evija adalah setinggi 340 km/j dengan jarak operasi sejauh 400 kilometer untuk sekali cas penuh menurut data kitaran WLTP. 

Harga jualan pula bermula dari £1.7 juta (RM8.68 juta) sahaja tidak termasuk opsyen aksesori dan personalisasi yang ditawarkan.

Baca: Lotus Evija - hypercar elektrik berkuasa 2000 PS, 1700 Nm

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…
Gaya Hidup
  Kombo dua jentera Mercedes ini datang pada harga yang cukup menarik, sekitar $29.99 sahaja (…
Berita Domestik
Nampaknya pihak pengimport dan pengedar rasmi kenderaan berjenama Lotus di Malaysia, Lotus Karz…