Lotus dedah video acah hypercar Type 130 - pelancaran 16 Julai nanti

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masa yang dinantikan sudah tiba untuk hypercar elektrik pertama dari Britain apabila Lotus mengumumkan pelancaran model tersebut di London pada 16 Julai ini. 

Serentak dengan itu, Lotus juga turut menerbitkan sebuah video ringkas yang memaparkan rakaman close-up bahagian belakang yang menampakkan tulisan bercahaya LOTUS dan penutup slot pengecas.

Seperti nama yang dicadangkan, Lotus bakal menawarkan hanya 130 unit Lotus Type 130 yang dikeluarkan daripada tanah asal Lotus, Hethel, Norfolk. 
 


Setakat ini, data spesifikasi masih lagi samar-samar namun Lotus mensasarkan hypercar ini supaya menjadi sebuah model pengubah trend (game changer) di dalam segmen tersebut. 

Lotus Type 130 - kod nama yang digunakan oleh Lotus - bakal menampilkan casis monocoque daripada gentian karbon, dan sistem trenkuasa elektrik yang memacu semua roda hasil pembangunan Williams Advanced Engineering. 

Malah, sebelum ini CEO Lotus, Phil Popham turut memberikan petunjuk bahawa modul pek bateri Lotus Type 130 ini boleh ditanggalkan bagi tujuan meringankan berat kereta ketika di litar. 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…