Logo hampir serupa dengan Citroen - Polestar dilarang jual kereta enam bulan di Perancis!

oleh Mohamad Hanif|
Isu tiru meniru rekaan di dalam bidang automotif bukanlah satu perkara baharu, memandangkan sudah banyak kereta terkenal (dan tidak terkenal) telah ditiru rekaannya oleh syarikat-syarikat muda di China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, isu yang melanda syarikat Polestar ini sedikit aneh di mana Perancis berjaya menghalang penjualan kenderaan elektrik Polestar 2 di sana akibat isu logo yang hampir serupa.

Menurut laporan daripada The Connexion, Citroen mendapati logo yang digunakan oleh Polestar melanggar dua tanda dagangan berkaitan logo chevron berkembar yang menjadi identiti Citroen.

 

 

 

Walaupun secara asasnya kedua-dua logo tersebut memiliki rekaan chevron berkembar, rekaan logo Citroen menunjukkan chevron yang diposisikan di atas satu sama lain, manakala logo Polestar pula disusun untuk mencipta bentuk bintang separa.

Namun, perbezaan tersebut tidak menghalang Citroen untuk memfailkan halangan jualan kenderaan Polestar, di mana keputusan mahkamah berpihak kepada Citroen dan mengarahkan Polestar membayar sebanyak €150,000 dan menggantung jualan selama enam bulan.

Malah, rakyat Perancis juga dikatakan mengalami masalah untuk mengakses laman web Polestar disebabkan halangan terhadap penggunaan logo itu tadi.

Sumber: The Connexion

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, pendekatan tersebut tidak lagi digunakan untuk model Camry generasi baharu. Kenapa? Jika…
Berita Global
Logo baharu itu kini berbentuk oval namun masih lagi mengekalkan elemen rekaan double chevron…
Berita Global
Serentak dengan itu, Toyota turut memperlihatkan logo baharu Crown yang kini dengan grafik yang…