Citroen dedah logo baharu dengan pendekatan minimalis, rujukan logo asal tahun 1919

oleh Mohamad Hanif|
Citroen baru-baru ini mendedahkan perubahan imej jenama tersebut menerusi pelancaran logo baharu yang lebih minimalis, mengikut jejak langkah beberapa pengeluar automotif yang lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Logo baharu itu kini berbentuk oval namun masih lagi mengekalkan elemen rekaan double chevron dengan rupa paras yang jauh lebih ringkas, dan ia dijangka akan muncul buat kali pertama menerusi model konsep baharu menjelang akhir bulan ini.
 

Logo


Difahamkan, logo baharu itu juga akan mula digunakan pada model-model produksi Citroen menjelang pertengahan 2023.

Dalam sejarah Citroen sepanjang 103 tahun itu, ini merupakan perubahan logo yang kesepuluh, serta perubahan yang ketiga untuk tempoh 13 tahun yang lalu.
 

Logo


Ia turut ditampilkan dalam variasi warna 'Monte Carlo Blue' yang bakal membuat kemunculan pada model-model Citroen akan datang, serta warna 'Infra-Red' menggantikan warna merah signatur jenama itu pada cetakan fizikal, dan penampilan digital.

Selain daripada logo baharu, Citroen turut mendedahkan beberapa gambar acah, di mana salah satu daripadanya memfokuskan kepada rekaan gril hadapan dengan frasa "Nothing Moves Us Like Citroen", serta emblem di bahagian belakang yang menampilkan sebahagian daripada rekaan model konsep baharu dengan bentuk badan berkotak dan elemen rekaan yang telus pandang.
 

Logo


Dengan adanya logo baharu ini, kita mungkin dapat melihat perubahan pendekatan bahasa rekaan pada model-model Citroen kelak menggantikan rekaan jeriji krom berkembar yang melengkapi logo double chevron yang digunakan selama ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, pendekatan tersebut tidak lagi digunakan untuk model Camry generasi baharu. Kenapa? Jika…
Berita Global
Serentak dengan itu, Toyota turut memperlihatkan logo baharu Crown yang kini dengan grafik yang…
Berita Global
Namun kali ini, pengeluar automotif China Human Horizons mengemukakan saman terhadap Renault dan…