Namun, pendekatan tersebut tidak lagi digunakan untuk model Camry generasi baharu.
Kenapa?
Jika anda perasan, pada model Camry generasi baharu, logo T biru itu telah digantikan dengan titik biru bersebelahan dengan perkataan 'HEV'.
私たちが生きる今は、次世代が生きる未来でもある。
— トヨタ自動車株式会社 (@TOYOTA_PR) September 19, 2023
プリウスから付けられたこのバッジには、地球に暮らす人々の幸せを大切にし、次世代にそれを引き継いでいきたいというメッセージが込められています。
ゼロを超えた未来へ。BEYOND ZERO。#TOYOTA #BEYONDZERO pic.twitter.com/A15shOgXxS
Menurut Toyota dalam satu hantaran di laman X pada September lalu, lambang berbentuk bulat biru itu "melambangkan komitmen mereka terhadap kebahagiaan penduduk bumi dan (keinginan) untuk mewariskannya kepada generasi akan datang."
Tidak terhad kepada model HEV sahaja, lambang bulat biru itu akan turut digunakan pada model-model kenderaan tenaga baharu termasuklah BEV dan PHEV.
Ini semua merupakan sebahagian daripada kempen pemasaran "Beyong Zero" untuk mencapai sasaran neutraliti karbon menerusi kenderaan-kenderaan tenaga baharu, selain memberikan impak positif kepada bumi dan masyarakat.
Perubahan logo tersebut akan bermula dari model Camry dan Prius, sebelum disusuli dengan barisan model Toyota yang lain kelak.