Lexus EM berasaskan Toyota Sienna baharu - minivan alternatif kepada Lexus LM?

oleh Mohamad Hanif|
Tahun lalu, Lexus berjaya lari daripada kebiasaan dengan memasuki segmen minivan menerusi model Lexus LM yang dibangunkan daripada platform Alphard/Vellfire.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ternyata, langkah Lexus menjadi apabila ia berjaya meraih populariti di kalangan golongan kaya yang mahukan people mover yang lebih besar, lebih selesa dan tampil mewah dalam masa yang sama.
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lexus EM based on all new Toyota Sienna? #toyotasienna #lexus #lexuslm #sienna

A post shared by Sugarchow (@sugardesign_1) on


Namun jika Lexus LM dilihat terlalu besar, mungkin Lexus boleh cuba melihat kepada rendering minivan baharu yang bakal menjadi alternatif kepada model LM yang direka berdasarkan Toyota Sienna.

Imej minivan yang diperoleh daripada @sugardesign_1 ini dikenali sebagai Lexus EM, di mana artis tersebut berjaya mengasimilasikan muka hadapan Lexus pada Sienna baharu, termasuklah gril spindle serta set rim bersaiz 20 inci yang lebih sporti.

Melihatkan kepada hasil kerja pereka tersebut, Lexus EM ini boleh dikatakan sebagai satu pilihan yang cukup ideal untuk dijadikan sebagai minivan mewah di samping Lexus LM yang sudah tersedia super mewah itu.

 


Berbalik kepada Toyota Sienna, minivan hibrid yang dibangunkan daripada platform Camry untuk pasaran Amerika Syarikat itu sudah tersedia menawarkan varian yang menarik, terutama trim XSE dengan rim aloi bersaiz 20 inci, talaan suspensi yang sedikit keras dan lebih rendah untuk pengendalian yang lebih baik.

Unit penjanaan kuasa pula terdiri daripada enjin petrol empat silinder sebaris 2.5 liter dengan dua motor elektrik untuk pacuan roda hadapan, atau konfigurasi tiga motor elektrik untuk versi pacuan semua roda.

Secara asasnya, unit hibrid ini mampu menghamburkan 243 kuasa kuda dan memberikan pulangan bacaan bahan api serendah 7.12 liter/100 km.

Mampukah Lexus EM menjadi alternatif kepada Lexus LM? Mungkin Lexus ada jawapannya.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehadiran model Denza D9 mampu memberikan cabaran kepada model pesaing seperti Lexus LM, Volvo EM90…
Berita Global
  Berkenaan enjin, hanya satu pilihan yang ditawarkan iaitu 2.5 liter hibrid berkuasa 247 bhp dan…
Berita Global
Generasi keempat Alphard/Vellfire dibangun menggunakan pelantar TNGA-K, dengan tahap ketegaran…