Lexus LM mula dijual di UK, 2.5 liter hibrid sahaja, lebih RM520 ribu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lexus LM Europe
Lexus LM Europe
Kenderaan pelbagai guna premium (MPV) premium Lexus LM kini ditawarkan kepada pengguna di United Kingdom (UK) setelah diperkenalkan pada April lalu.

LM yang dirujuk Lexus sebagai luxury mover pertama kali ditawarkan di UK dan menarik untuk mengetahui bagaimana sambutannya kelak.

Alphard, Vellfire dan LM tidak asing buat pengguna tempatan sejak generasi pertama lagi.

Menurut Lexus, tempahan LM di UK sudah mencecah dua angka walaupun belum dihantar ke bilik pameran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lexus LM

 

Berkenaan enjin, hanya satu pilihan yang ditawarkan iaitu 2.5 liter hibrid berkuasa 247 bhp dan menariknya pilihan pacuan dua roda depan atau semua roda dengan sistem E-Four.

Pilihan itu sama seperti NX 350h dan RX 350h yang ditawarkan di sana.

Ada tiga varian utama buat pengguna UK iaitu LM 350h (pacuan roda depan dan semua roda) dan satu LM 350h Takumi.

 

Lexus LM

 

Lexus LM 350h

Model tujuh tempat duduk ini dilengkapi bumbung suria tetap berkembar, kawalan suhu dua zon dengan sistem kualiti udara nanoe-X, penghadang matahari berkuasa dan rim 19 inci.

Pakej maklumat hibur terdiri daripada sistem multimedia Lexus Link Pro, 21 pembesar suara Mark Levinson 3D Surround Sound dan skrin 14 inci untuk penumpang belakang.

Pemandu diberikan stereng dengan fungsi pemanas dan larasan berkuasa, Panoramic View Monitor dan Papar Pandu (HUD). 

Kerusi depan dan tengah mempunyai larasan berkuasa dan dibalut kulit separa anilina dengan riasan Ultrasuede.

Turut dilengkapi Bantuan Parkir Pintar dengan fungsi parkir kawalan jauh melalui aplikasi Lexus Link. 

 

Lexus LM Europe

 

Lexus LM 350h Takumi

Varian Takumi pula lebih mewah dengan dua kerusi pelbagai fungsi di belakang seperti meja boleh lipat dan stesen pengecasan melalui slot USB dan pengecasan tanpa wayar.

Kerusi larasan berkuasa itu boleh dibaring sepenuhnya dan terdapat tujuh pilihan urut! Turut dilengkapi dinding pemisah di antara pemandu dan penumpang belakang.

Bukan sekadar dinding, Lexus menempatkan skrin lebar 48 inci dan panel kaca yang boleh dimalapkan untuk ruang peribadi.

 

Lexus LM Europe

 

Skrin itu mempunya tiga mod tontonan; skrin penuh, sinema dan skrin kanan dan kiri berasingan untuk paparan berbeza bersama set kepala.

Penumpang boleh memancarkan kandungan terus dari telefon pintar atau tablet atau melalui menghubungkan skrin dengan dua slot HDMI.

Di bawah skrin terdapat kotak simpanan berasingan dan peti sejuk.

 

Lexus LM Europe

 

Set audio Mark Levinson 3D Surround Sound mempunyai 23 pembesar suara dan keselesaan kabin dipertingkat melalui sistem Lexus Climate Concierge.

Sistem itu menggunakan sensor haba bagi mengawal pemanasan dan pengudaraan secara tepat dan automatik.

Satu lagi yang praktikal dan canggih ialah fungsi kabin ditetapkan melalui peranti kawalan khas yang direka seperti telefon pintar.

Peranti itu mengawal sistem audio, tetapan suhu, fungsi kerusi, lampu dalaman dan bidai tingkap.

 

Lexus LM

 

Warna dan kemasan

Lexus UK menawarkan beberapa pilihan warna badan seperti Sonic White, Sonic Titanium, Sonic Agate dan Graphite Black.

Bahagian dalam dibalut anilina L berwarna Hitam atau Ammonite Sand dengan riasan suede untuk kerusi belakang.

Ciri mewah turut dinaikkan melalui kemasan corak kayu tradisional herringbone Jepun dengan cetakan tiga dimensi.

 

Lexus LM

 

Lexus Safety System+

LM dilengkapi ciri keselamatan aktif dan bantuan pemanduan Lexus Safety System+ terbaru.

Di antara kelengkapan seperti Monitor Titik Buta, Peringatan Lintasan Trafik Belakang dan Perintasan Lintasan Trafik Depan.

Turut dilengkapi lampu besar LED dengan sistem lampu alur adaptif AHS.

Fungsi Bantuan Keluar Pintar mencegah pintu dibuka apabila terdapat penunggang basikal menghampiri LM dari belakang.

 

Lexus LM

 

Harga dan varian Lexus LM UK:

  • LM 350h (pacuan roda depan): 89,995 pound (RM527,636)
  • LM 350h (pacuan semua roda): 92,995 pound (RM545,183)
  • LM 350h Takumi (pacuan semua roda): 112,995 pound (RM662,432)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lexus LM

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehadiran model Denza D9 mampu memberikan cabaran kepada model pesaing seperti Lexus LM, Volvo EM90…
Berita Global
Generasi keempat Alphard/Vellfire dibangun menggunakan pelantar TNGA-K, dengan tahap ketegaran…
Berita Global
  Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, abang besar sudah mari dan inilah Lexus LM baharu yang…