Toyota Alphard/Vellfire 2023 rasmi dengan kemasan dalaman lebih mewah

oleh Mohamad Hanif|
Selepas kemunculan Lexus LM generasi baharu, kini tiba giliran bagi kembar minivan Alphard/Vellfire untuk menerjah pasaran dan mencuri tumpuan golongan VIP, VVIP, VVVIP dan seterusnya.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi keempat Alphard/Vellfire dibangun menggunakan pelantar TNGA-K, dengan tahap ketegaran casis 50 peratus lebih tinggi berbanding model terdahulu.
 

Alphad


Ia juga turut dipadankan dengan tetapan suspensi topang MacPherson di bahagian hadapan, diikuti dengan tetapan double-wishbone yang telah disemak semula, serta penyerap hentakan yang telah ditala untuk keselesaan penumpang.

Pihak jurutera Toyota turut menambahbaik aspek NVH (kebisingan, gegaran, kekasaran) dengan menampilkan penggunaan tayar yang lebih senyap, penambahan bahan penyerap bunyi untuk mengurangkan bunyi bising jalan, serta mengoptimasikan beberapa seksyen seperti hud enjin, cermin sisi dan tiang A untuk mengurangkan kadar bunyi bising angin.
 

vellfire


Vellfire pula mendapat kelengkapan tambahan seperti contoh pendakap depan yang mampu menambah tahap ketegaran casis serta pemanduan yang lebih sporti, nadi turbo serba baharu, serta kemasan jet-black plating yang menambahkan lagi aspek kemewahan minivan tersebut.

Bergantung kepada spesifikasi, Toyota Alphard boleh didapati dengan pilihan enjin 2.5 liter 2AR-FE 180 hp/235 Nm yang dipadankan dengan transmisi Super CVT-i, atau nadi hibrid 2.5 liter A25A-FXS yang mampu menghasilkan output maksimum 247 hp.
 

aphard


Sementara khusus untuk Vellfire pula ialah enjin 2.4 liter turbo T24A-FTS berkuasa 275 hp/430 Nm bagi menggantikan nadi V6 3.5 liter pada model terdahulu, dipadankan dengan transmisi Direct Shift automatik 8 kelajuan.

Enjin baharu ini menawarkan lebih banyak daya kilas pada putaran enjin yang rendah, disamping menambah baik aspek kecekapan bahan api.

Di Jepun, pembeli boleh mendapatkan sistem pacuan dua roda untuk penjimatan bahan api yang lebih baik, atau sistem pacuan semua roda.
 

vellfiure


Dari segi dimensi, Alphard/Vellfire membawakan ukuran sepanjang 4,949 mm, lebar 1,850 mm, tinggi 1,880 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,010 mm.

Reka bentuk luaran membawakan tema "Forceful x IMPACT LUXURY", di mana ia dimulakan dengan muka depan dengan jeriji yang besar sementara model Vellfire pula membawakan rekaan lampu berlapis, bampar yang lebih agresif serta kemasan jerji bar melintang.

Bahagian belakang pula boleh dibezakan dengan kehadiran bar LED melintang dan grafik berbentuk U pada unit lampu utama Vellfire.
 

Velfre


Bahagian dalam kabin pula membawakan pendekatan yang sama wujud pada model Lexus, iaitu susun atur yang lebih minimalis tanpa kehadiran butang fungsi yang menyemakkan.

Matlamat utama dalam pembangunan Alphard/Vellfire sudah pasti keselesaan penumpang belakang, di mana menurut kata Toyota, ruang antara tempat duduk berjaya ditambah sebanyak 5 mm dan 10 mm di bahagian belakang.

Terdapat kehadiran tirai penghadang cahaya pada tingkap kiri dan kanan penumpang belakang, serta bumbung bulan yang boleh dioperasikan secara berasingan pada kiri dan kanan.
 

vellfire


Sementara untuk model yang lebih mewah seperti Alphard Executive Lounge, terdapat konsol atas kepala super panjang yang menempatkan fungsi pencahayaan, butang fungsi kawalan iklim, serta corong pendingin hawa.

Alphard/Vellfire juga merupakan kereta Toyota pertama yang menampilkan tempat pemijak sisi 220 mm dari atas tanah, serta tempat pemegang pada tiang tengah yang memudahkan golongan tua dan kanak-kanak kecil untuk naik dan keluar dari kenderaan dengan selesa.
 

Velfire


Ciri keselamatan Toyota Safety Sense turut tersedia pada Alphard/Vellfire, seperti contoh Proactive Driving Assist yang menawarkan bantuan stereng untuk pemanduan yang lebih lancar, serta bantuan nyahpecutan sewaktu menghampiri persimpangan.

Salah satu ciri dalam kelengkapan Toyota Teammate ialah fungsi Advanced Parking, di mana pemandu boleh menggunakan aplikasi peranti pintar untuk meletakkan kenderaan mereka secara jarak jauh, atau keluar dari kawasan parkir yang sempit.
 

vellfire


Ciri Advanced Drive pula akan diaktifkan untuk mengurangkan kepenatan sewaktu kesesakan apabila keadaan tertentu dipenuhi, seperti:
• pemandu menghadap hadapan
• pemanduan di atas lebuh raya
• ciri kawalan jelajah radar dan bantuan pengesanan lorong diaktifkan
• keadaan jalan sesak
• kenderaan bergerak pada kelajuan 0-40 km/j

Di Jepun, harga jualan Alphard bermula dari 4,720,000 yen (RM154,676) untuk varian Welcab (versi mesra OKU), 5,400,000 yen (RM176,960) untuk versi Alphard standard hinggalah 8,720,000 yen (RM285,758) untuk varian Executive Lounge Hybrid E-Four.

Sementara model Vellfire pula dijual pada harga bermula 6,550,000 yen (RM214,646) untuk varian Z Premier 2WD, hinggalah 8,920,000 yen (RM292,312) untuk varian Executive Lounge Hybrid E-Four.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemenang hadiah utama ialah Channumathy Manogaran dari Klang yang membawa pulang sebuah Perodua…
Pelancaran
Dari segi penawaran, Alphard dan Vellfire generasi baharu ini menampilkan ciri-ciri termaju,…
Berita Global
Berdasarkan video yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram @infoponorogo, peniaga wanita itu…