Lebih banyak pilihan ditawarkan oleh program langganan Care by Volvo

oleh Mohamad Hanif|
Skim langganan Care by Volvo merupakan salah satu cara yang ditawarkan kepada pelanggan baharu bagi menggantikan pembelian kenderaan peribadi yang rata-ratanya terikat dengan beban hutang yang sangat panjang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi program langganan ini, anda hanya perlu membayar yuran bulanan yang sudah pun merangkumi kos-kos berkaitan seperti insurans, cukai jalan, bantuan tepi jalan dan pelbagai servis tambahan. 

Pertama kali dilancarkan pada lewat tahun 2017, kini Volvo telah menambah beberapa pilihan kepada para pelanggan, termasuklah XC60 dan V60 Cross Country. 

 


Bayaran bulanan pula bermula seperti berikut: 

  • XC40 Momentum - $600 (RM2,522)
  • XC40 T5 R-Design - $750 (RM3,152)
  • S60 Momentum - $700 (RM2,942)
  • S60 T5 R-Design - $750 (RM3,152)
  • XC60 Momentum - $750 (RM3,152)
  • V60 Cross Country - $750 (RM3,152)
  • XC90 Momentum - $800 (RM3,362)

Di akhir program langganan selama dua tahun ini, para pelanggan akan diberikan opsyen untuk bertukar kepada model lain. 

Volvo juga turut mengubah cara operasi Care by Volvo dengan membenarkan lebih banyak pengedar menawarkan kenderaan yang berada di dalam simpanan mereka, sekaligus mampu memendekkan masa kelulusan permohonan dan penghantaran kenderaan kepada para pelanggan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi program langganan Care by Volvo, pelanggan kini boleh memilih untuk menukar kepada…
Uncategorized
Super Bowl merupakan acara sukan tahunan yang dianjurkan oleh Liga Bola Sepak Amerika Nasional (NFL…
Berita Global
Sebaliknya, mereka mahukan pelanggan baharu terus menggunakan kereta Volvo menerusi skim program…