Iklan SuperBowl Volvo - tatap skrin peranti pintar anda paling lama dan menang sebuah S60!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Super Bowl merupakan acara sukan tahunan yang dianjurkan oleh Liga Bola Sepak Amerika Nasional (NFL) dan dengan kekuatan tontonan sebanyak 100 juta  orang setiap tahun, ia menjadi 'destinasi' wajib bagi para pengeluar untuk mengiklankan produk mereka. 

Volvo tidak melepaskan peluang sedia ada untuk mengiklankan produk mereka, namun pada tahun ini mereka hadir dengan pendekatan yang sangat berbeza. 

Secara jujurnya, pengeluar daripada Sweeden itu mahukan orang ramai untuk melupakan acara sukan tahunan, segala iklan yang dipaparkan dan tidak menonton siaran televisyen secara langsung. 

Malah dalam masa yang sama, Volvo bakal menganjurkan sebuah permainan 'pandu uji' mudah alih berupa ujian ketahanan di mana tiga orang peserta paling lama melihat skrin telefon pintar bakal dipilih sebagai pemenang. 
 


Ia boleh dimainkan dimana-mana sahaja, dan apabila sistem mengesan anda tidak berjaya fokus kepada permainan, anda akan diberikan peluang untuk memulakan kembali cabaran ini. 

Manalah tahu ketika anda sedang bersemangat main, anak (perut) pula meragam. 

Hadiah yang ditawarkan juga bukan calang-calang apabila sebuah (tiga buah untuk tiga pemenang) S60 Sedan menerusi pakej langganan Care by Volvo. 

Ini bermakna Volvo tidak memberikan kereta tersebut secara bulat-bulat, sebaliknya meminjamkan kereta tersebut dengan kontrak selama 24 bulan dan kadar rata diberikan untuk kos penyelenggaraan dan insurans - sebagaimana yang termaktub di dalam perjanjian Care by Volvo. 

Bagi mereka yang mahu mencuba nasib, bolehlah menyimpan pautan S60LongestDrive.com dan membuktikannya pada lima hari akan datang.