Volvo mahu anda berhenti beli kenderaan mereka

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin ada di antara para pembaca menyangka Careta ingin mensabotaj jenama Volvo, namun pada hakikatnya, Volvo itu sendiri mahukan para pelanggan mereka berhenti daripada membeli kereta Volvo pada masa akan datang.

Sebaliknya, mereka mahukan pelanggan baharu terus menggunakan kereta Volvo menerusi skim program langganan Care by Volvo. 

Care by Volvo dilancarkan pada tahun lalu bertujuan untuk memudahkan pemilikan kenderaan semudah anda membeli telefon pintar, malah setiap 24 bulan, anda juga berpeluang untuk memperoleh kereta baharu!
 


Volvo memulakan kempen langganan tersebut di negara Jerman dengan tagline berbunyi: 

"Don't buy this car. Subscribe to it."

dengan kos bulanan sekitar €498 (RM2,368) untuk SUV XC40 baharu yang turut merangkumi kos insurans, cukai, bantuan tepi jalan dan pelbagai jenis servis tambahan. 

Manakala bagi mereka yang mahukan SUV yang lebih besar (XC90), ia boleh dilanggan dengan kos bulanan sekitar €929 (RM4,418) sahaja. 
 


Namun, memandangkan dari segi kos bulanan, pakej langganan Care by Volvo ini adalah lebih mahal, hanya segelintir sahaja golongan warga Jerman yang mahu menyertai dan keadaan yang sama turut direkodkan di Amerika Syarikat (14%). 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nilai Aset Dipotong Drastik Syarikat itu mengurangkan nilai boleh pulih Polestar 3 kepada hanya $…
Berita Domestik
"Hasil pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran SUV berkenaan palsu dan diklon, sebelum rampasan…
Berita Global
Pengumuman itu dibuat oleh pengerusi dan pengasas Geely, Li Shufu, semasa Pameran Auto…