Lebih 25 ribu Mazda3 2019 dipanggil semula - risiko tayar tercabut

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baharu sahaja beberapa bulan dilancarkan, dan nampaknya Mazda3 sudah ada kes kempen panggil semula. 

Menurut dokumen yang diperoleh daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), Mazda North American Operations kini mengumumkan kempen panggil semula (recall) untuk model Mazda3 2019. 

Ia berpunca daripada keterdapatan ruang kecil (gap) di antara bolt hub dan komponen yang dikenali sebagai hub flange ketika proses pemasangan dijalankan. 

Dan daripada situ, lug nut yang dipasang berkemungkinan akan menjadi longgar dan tayar akan tercabut ketika dalam situasi pemanduan yang normal. 

Mazda Amerika mengesahkan kira-kira 25,003 unit Mazda3 terjejas akibat masalah ini dan merupakan unit-unit yang dibina daripada 25 September 2018 sehingga 19 April 2019 di kilang Jepun atau Mexico. 
 


Mazda turut menyenaraikan senarai nombor VIN yang bermula dari JM1BPACM2K1100042 sehingga JM1BPAMM0K1136438 dan daripada 3MZBPAEM7KM100048 sehingga 3MZBPAEM7KM100048

Setakat ini tiada sebarang insiden buruk yang diakibatkan oleh permasalahan terbaharu Mazda3 ini. 

Manakala untuk para pembeli Mazda3 pada masa akan datang, NHTSA memberikan jaminan bahawa Mazda sudah pun mengambil tindakan pantas dengan memperbetulkan permasalahan ini di kedua-dua fasiliti semenjak April lalu. 

Sumber: NHTSA

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Domestik
Pemenang anugerah World Car Design 2020 dan Red Dot Design 2019 itu kini didatangkan dengan…