Lamborghini Urus kini hadir dengan kit badan gentian karbon TopCar

oleh Mohamad Hanif|
Di Malaysia, Lamborghini Urus yang standard adalah berharga RM1 juta tidak termasuk cukai dan lain-lain kos, dan SUV terlaju di dunia ini menggunakan enjin 4.0 liter V8 twin-turbo yang mampu memecut sepantas 3.6 saat dari 0-100 km/j.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, bagi mereka yang tidak berpuas hati dengan penampilan standard Urus ini, mereka boleh melaburkan duit untuk menukar apa yang patut kepada barangan berasaskan.. seperti mana yang anda jangkakan, gentian karbon!
 


Syarikat penala TopCar sangat memahami jiwa pemilik yang tidak bersyukur dengan nikmat duit ini, dan mereka telah membangunkan kit badan yang terdiri daripada 10 komponen, termasuklah set logo dan rim kustom bersaiz 22 inci.

Seperti mana yang anda saksikan, Topcar mengubah beberapa bahagian panel badan kepada gentian karbon termasuklah hud enjin, bumper hadapan, bukaan udara, fender, side splitter, cetakan pada pintu, splitter dan juga spoiler belakang. 
 


Untuk mereka yang hari-hari hari raya, kit badan gentian karbon ini hanyalah berharga sekitar €35,000 (RM167,000++) dan tidak termasuk upah pemasangan €4,150 (RM20k++). 

Manakala untuk set rim pula akan menyebabkan anda kehilangan sebanyak €6,700 (RM32,000++) dan set tayar pula berharga €2,800 (RM13.3 ribu++) sahaja.
 


Sementara anda menikmati gambar-gambar yang menarik daripada Lamborghini Urus ini, penulis mahu bergegas ke mesin ATM untuk memeriksa baki akaun.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus…
Berita Global
Berita baik (dan kurang baik), kesemua unit Lamborghini Urus dengan enjin V8 tersebut dilapor telah…