Berita kurang enak: Lamborghini Urus habis terjual!

oleh Mohamad Hanif|
September tahun lepas, Lamborghini telah melancarkan model Urus versi facelift, dengan dua penawaran iaitu Urus S dan Urus Performante.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita baik (dan kurang baik), kesemua unit Lamborghini Urus dengan enjin V8 tersebut dilapor telah pun habis dijual.

Perkara itu diumumkan oleh CEO Lamborghini, Stephan Winkelmann kepada akhbar Jerman Welt, di mana pembeli tidak lagi dibenarkan untuk meletakkan tempahan baharu.

Sebaliknya, mereka perlu menunggu sehingga akhir tahun 2024 untuk mendapatkan Urus baharu dalam bentuk model plug-in hybrid.
 

Urus


Buat masa ini, spesifikasi lanjut Urus PHEV masih lagi dirahsiakan, namun sebagai info Kumpulan Volkswagen kini mempunyai tetapan trenkuasa V8 PHEV dengan hamburan kuasa 670 hp dan 900 Nm seperti yang ditawarkan pada Porsche Cayenne Turbo S E-Hybrid.

Untuk projek Revuelto, Winkelmann mengunjurkan model supercar tersebut akan habis terjual menjelang lewat tahun 2025.

Lamborghini juga dijangka akan melancarkan model EV pertama mereka dalam bentuk grand tourer 2+2 sekitar tahun 2028, diikuti dengan Urus generasi kedua pada tahun 2029.

Sumber: Welt

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus…