Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah:
• Aston Martin DBX
• Bentley Bentayga
• Ferrari Purosangue
• Lamborghini Urus
• Mercedes-AMG G 63
• Range Rover Vogue
• Rolls-Royce Cullinan

Tidak seperti apa yang ditawarkan sebelum ini, program Seven Elysia ini membawakan pendekatan kemasan mewah yang jauh lebih eksklusif dan eksotik.
Secara keseluruhan, kesemua tujuh SUV mewah yang dikhususkan di bawah program ini mempunyai kemasan cat berusan tangan berwarna emas dan perak yang disudahi dengan teknologi salutan habuk berlian, serta set rim tempa yang seragam.

Untuk ruang kabin, Carlex Design menggunakan pendekatan tema warna perak, putih dan emas, diikuti dengan balutan kulit Himalaya yang eksotik pada tempat duduk, papan pemuka dan juga panel pintu.
Terdapat juga elemen berwarna emas - bergantung kepada model - yang boleh didapati pada bahagian seperti roda stereng, pedal dan juga jeriji pembesar suara.

Sebagai info tambahan, kulit Himalaya yang digunakan itu tadi merupakan antara bahan yang biasa digunakan oleh kebanyakan pengeluar beg tangan mahal, seperti Hermes.
Menurut Carlex, setiap satu SUV mewah di bawah program Seven Elysia ini akan didatangkan dengan sijil ketulenan yang menyenaraikan perincian kenderaan termasuklah nombor siri serta tandatangan para pereka yang bertanggungjawab menghasilkan seni yang eksotik ini.