Lamborghini Urus 6x6: bila G-wagen enam tayar jadi terlalu arus perdana

oleh Mohamad Hanif|
Pemilik SUV enam tayar ini mungkin sekali sudah bosan dengan penampilan asal Urus, dan mahu mengenepikan imej yang selama ini dijuarai oleh Mercedes-AMG G 63 enam tayar.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus merah ini mendapatkan khidmat pengubahsuaian daripada South Florida Jeeps.

Ya, ia merupakan pihak yang sama bertanggungjawab dalam menghasilkan Apocalypse 6x6, serta projek ubahsuai melibatkan Jeep Wranger, Ford Bronco dan Land Rover Defender.
 

urus


Bahagian depan SUV Lamborghini ini tidak banyak yang berubah, namun bermula dari tiang B ke belakang, pihak bengkel telah melakukan kerja-kerja menambah panel padan dan bumbung yang lebih panjang, diikuti dengan fender flare yang lebih besar bagi memuatkan tambahan lagi dua roda di belakang.

Sementara bahagian belakang pula kini dilengkapi dengan unit diffuser, spoiler lip, serta tambahan spoiler yang menonjol dari bumbung.

 

 

Akhir sekali, Lamborghini Urus 6x6 ini dipadankan dengan set rim aftermarket dengan kemasan hitam berkilat.

Secara standard, Lamborghini Urus dibekalkan dengan enjin V8 berkuasa 650 PS yang memacu semua roda, namun tidak diketahui sama ada Urus 6x6 ini mempunyai gandar ketiga yang berfungsi sepenuhnya, atau sekadar hiasan semata-mata.

 

Apocalypse 6x6, satu lagi ciptaan South Florida Jeeps

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Berita baik (dan kurang baik), kesemua unit Lamborghini Urus dengan enjin V8 tersebut dilapor telah…