Kos sebuah EV Apple cecah RM400 ribu, dijangka tiba menjelang 2026

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Berita tentang kereta elektrik dari syarikat teknologi terkemuka Apple bukanlah suatu perkara yang asing, syarikat itu dilihat telah mencari beberapa rakan kongsi untuk hasilkan projek EV pertama mereka seperti Hyundai dan Nissan namun tiada keputusan dapat dimuktamadkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini, terdapat laporan tentang perkembangan projek EV Apple yang mengatakan kos untuk menghasilkan sebuah kereta pertama Apple itu mencecah sehingga RM400 ribu.

apple car

Bayangkan kos untuk hasilkan sahaja mencecah RM400 ribu, dengan reputasi Apple dan produk teknologinya, harga EV pertamanya mungkin boleh mencecah lebih setengah juta.

Laporan itu turut menyatakan beberapa ciri-ciri dalam EV pertama mereka, antaranya ialah sistem pemanduan auto dilengkapi dengan penderia lidar dan radar yang membantu semasa pemanduan di jalan raya.

apple

Selain itu, bagi membantu dalam projek EV pertamanya, Apple mengupah seorang veteran dari Lamborghini iaitu Luigi Taraborrelli.

Veteran Lamborghini itu merupakan bekas ketua pembuatan casis yang bertanggunjawab menghasilkan sistem gantungan, stereng, brek dan sistem bantuan pemanduan di dalam jentera dari Itali itu.

interior

EV pertama dari Apple itu dijangka akan tiba sekitar tahun 2026, lewat setahun dari yang dirancang.

 

Sumber: motor1.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa…
Berita Global
Lebih 2,000 orang pekerja terjejas kesan daripada penutupan projek tersebut, namun menurut laman…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, projek ini semakin bermasalah dengan pelancaran ditangguh ke 2028…