Koleksi kasut, pakaian sukan bola keranjang Puma x Porsche, ambil inspirasi 911 Turbo

oleh Mohamad Hanif|
Porsche sekali lagi bekerjasama dengan Puma dan pemain professional LaMelo Ball untuk melancarkan koleksi kasut dan pakaian bertemakan sukan bola keranjang Puma x Porsche Collection.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Koleksi terbaharu yang dilancarkan ini banyak mengambil inspirasi daripada model ikonik Porsche 911 Turbo serta sejarah automotif Indiana.

Peminat boleh mendapatkan dua pasang kasut Puma Hoops yang berbeza, iaitu MB.03 yang digunakan sendiri oleh LaMelo Ball, serta kasut All-Pro Nitro.
 

porsche


Kasut MB.03 membawakan skema warna kuning terang dengan jalur hiasan berwarna hitam, diikuti dengan logo Porsche Turbo kecil pada bahagian sisi.

Sementara kasut All-Pro Nitro juga membawakan skema warna kuning dan hitam yang sama, namun dengan rekaan yang lebih agresif berbanding MB.03 itu tadi.

Kedua-dua kasut dalam koleksi Puma x Porsche ini menampilkan inovasi Puma Hoops termasuklah ciri Nitrofoam™ untuk pemakaian yang selesa serta aksi yang lebih stabil dan responsif.
 

puma


Tidak terhad kepada kasut semata-mata, koleksi ini turut menawarkan variasi termasuklah hoodies, jaket, kemeja T, seluar peluh serta seluar pendek.

Satu penambahan yang agak menarik untuk koleksi Puma x Porsche, namun ia tidaklah sehebat koleksi Puma x Porsche yang telah dilancarkan pada tahun lepas bersempena dengan ulang tahun Porsche 911 yang ke-60.
 

Porsche


Bakal dilancarkan secara rasmi pada 17 Februari ini, koleksi Puma x Porsche ini boleh didapati menerusi kedai dalam talian puma.com, aplikasi mudah alih Puma, kedai dalam talian Porsche, serta tidak ketinggalan laman web Porsche-Design.com.

Harga jualan anggaran bermula dari $45 hingga $175 (RM215-RM837).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…