Kasut edisi khas Porsche x Puma sempena ulang tahun 911 ke-60

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun Porsche 911 yang ke-60, pengeluar tersebut mengumumkan kerjasama dengan Puma untuk menghasilkan dua pasang kasut edisi terhad.

Kedua-dua kasut itu diinspirasikan daripada model 911 S/T serta model asal 911 S(T) yang lebih klasik.
 

S(T)


Peminat jentera retro 911 S(T) boleh mendapatkan kasut yang dilayangkan dalam warna Light Blue, dengan profil saiz yang lebih kecil serta menampilkan nombor 56 pada tumit sebagai satu penghormatan kepada jentera tersebut.

Selain daripada binaan kombinasi kulit dan suede, ia juga turut mendapat jahitan kontras merah dan tidak ketinggalan lencana jeriji 911.

Sebanyak 1,972 unit sahaja kasut Light Blue ini yang akan dihasilkan, sebagai rujukan kepada tahun pertama 911 S(T) dicipta, dan setiap satu akan dibekalkan dengan nombor siri unik.
 

Porsche


Sementara itu, para pemilik 911 S/T 2024 boleh memadankan jentera moden mereka dengan sepasang lagi kasut berwarna kelabu yang dilihat menyamai warna Shore Blue Metallic serta kemasan dalaman perang cognac.

Baca: Porsche 911 S/T 2024

Kasut tersebut turut membawakan kemasan nombor 63, perkataan Porsche pada bahagian tumit, serta sepasang tali pengikat warna hitam dan merah.

Kasut dengan tema yang lebih moden itu akan dihasilkan sebanyak 1,963 unit sahaja, sama banyak dengan bilangan jentera sebenar 911 S/T 2024 yang ditawarkan oleh Porsche.
 

911


Kasut-kasut edisi khas ini boleh didapati menerusi kedai dalam talian Porsche bermula 6 September ini, atau menerusi kedai fizikal Porsche Museum di Stuttgart-Zuffenhausen dan di Weissach.

Buat masa ini, tiada sebarang tanda harga diletakkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menggunakan asas Nissan Kicks e-Power 4WD, Nissan telah membalut keseluruhan badan Kicks ini dengan…
Berita Global
Dinamakan sebagai Ferrari ION F, ia membawakan ciri-ciri elegan dan anggun daripada Ferrari SF90…
Berita Global
Sempena menyambut hari pelancaran yang pertama model Lexus UX 2019 ini, Lexus telah bekerjasama…