Kesesakan di Melaka - Ketua Menteri saran cari kaedah penyuraian trafik

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Siapa yang sering mengujungi negeri Melaka pada hujung minggu dan cuti umum pasti mengeluh 'tersangkut' dalam kesesakan jalan raya di sekitar bandar Melaka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Kesesakan jalan raya pasti merugikan dari segi pelancongan kerana mereka yang biasa 'tersangkut' ini akan serik untuk datang ke Melaka.

Menyedari perkara tersebut, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh telah berkata bahawa beliau telah mengarahkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyediakan cadangan khas bagi memastikan masalah itu dapat diselesaikan.

Kata beliau lagi, kerajaan negeri akan mencari kaedah terbaik melaksanakan sistem penyuraian trafik secara berkesan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum di bandar raya Melaka.

"Saya lihat kesesakan lalu-lintas di kawasan Banda Hilir dan mahu isu membelenggu pengguna jalan raya diselesaikan segera.

"Pada masa sama, saya melihat sistem perniagaan di Banda Hilir, khususnya sekitar Menara Taming Sari perlu ditambah baik bagi keselesaan peniaga serta pengunjung," katanya selepas melakukan tinjauan mesra di Banda Hilir, di Melaka pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata, kerajaan negeri melakukan pelbagai persediaan bagi menjayakan Tahun Melawat Melaka (TMM) tahun depan.

Katanya, ia termasuk memelihara dan memulihara semua produk pelancongan bukan saja di bandar tetapi juga di luar bandar.

"Sejajar dengan slogan Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia, saya berazam untuk memastikan kempen TMM diperhebatkan.

"Saya mahu semua rakyat Melaka mengambil bahagian dalam menjayakan TMM yang sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi diri dan negeri," katanya.

Sumber: Harian Metro

- salah satu sebab adalah 'trafik light' di AMJ yang berpuluh-puluh jumlahnya, sekali kena lampu merah, bersedia lah sepanjang perjalanan akan sangkut sebab tu orang Melaka sejati saja yang duduk rumah diam-diam bila hujung minggu dan cuti umum -

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, beliau menambah masalah itu dilihat menjejaskan produktiviti…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Sdn Bhd menyarankan para pengguna…
Berita Domestik
Hal ini dikongsikan oleh pensyarah kanan Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran Fakulti Sains…