Jejambat Bandar Saujana Putra siap 95 peratus, dijangka beroperasi Mei

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Selangor Kini
Jejambat Bandar Saujana Putra sepanjang 820 meter yang dibina bagi mengatasi kesesakan trafik kawasan sekitar dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mei, kata EXCO infrastruktur.

Ir Izham Hashim berkata jejambat yang menghubungkan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Klang Selatan (SKVE) itu kini mencapai proses pembinaan 95 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, proses pembinaan sedang giat dijalankan termasuk kerja elektrikal dan turapan serta dijangka selesai dalam masa terdekat sebelum pemeriksaan spesifikasi dilakukan kira-kira sebulan.

“Pembinaan jejambat ini berlaku sedikit kelewatan berikutan beberapa isu antaranya Perintah Kawalan Pergerakan, kekurangan pekerja, pertukaran reka bentuk dan komplikasi kabel dan utiliti di bawah permukaan jalan perlu dialihkan.

“Kita jangka jejambat dengan kos pembinaan RM53 juta dibuka kepada umum Mei nanti dan dapat membantu daripada segi trafik, mengurangkan kesesakan di persimpangan Bandar Saujana Putra,” katanya ditemui selepas meninjau perkembangan pembinaan jejambat itu pada Isnin.

Dalam pada itu, Izham memaklumkan pihaknya telah bermesyuarat dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya membina jalan raya yang menyambungkan perumahan dan lebuh raya khusus untuk pembangunan baru.

“Penting untuk membina jalan raya menyambungkan ke lebuh raya kerana jika tiada penduduk akan melalui laluan ke perumahan dan menyebabkan kesesakan,” katanya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar mengumumkan peruntukan kira-kira RM60 juta untuk membina jejambat baharu bagi mengatasi masalah kesesakan di kawasan tersebut.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan jejambat tersebut bakal memberi manfaat buat kira-kira 65,000 penduduk di situ serta pengguna SKVE dan ELITE, dari arah Bandar Saujana Putra.

 

SelangorKini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ini merupakan satu perancangan yang kita katakan antara keutamaan. Kita ada lebuh raya LEKAS dan…
Berita Domestik
  "Kes sedang disiasat Unit Siasatan Kemalangan Lebuh Raya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan…
Berita Domestik
  Beliau berkata, pembinaan projek bernilai RM492.5 juta itu juga melibatkan laluan susur keluar…